mulut

28 December 2012

banyak cakap, banyak salah.

kadang kadang aku ni banya kcakap.
kadang kadang aku ni pendiam.

selalu aku cakap kosong
selalu aku hanya tahu cakap tapi tak reti nak amalkan.selalu sangat.

kadang aku akan bercakap untuk ingatkan diri aku.tapi selalu aku lupa.
kadang aku selalu cakap untuk ingatkan orang lain.tapi aku sendiri yang lupa.

mulut nikmat tuhan yang sangat berharga.sangat berharga.
manusia sering lupa dengan kesenangan itu.

soalnya nikmat yang kita dapat, tak dapat kita guna dengan sebaiknya.
terlalu riang kita mencaci sana sini.mengumpat sana sini.menfitnah sana sini.

sangat jarang mulut ini mengeluarkan kata kata hikmah.mahupun kata kata ilmiah.jauh sekali

seribu kemaafan ku pinta dari kalian.sungguh aku telah melakukan banyak dosa dengan mulut ini.
Astagfirullah.

semoga yang membaca dapat manfaat.sedikit pun jadilah..

harap

saat ini penat memerah keringat otak untuk final akan datang.
kata orang, "jangan rasa pernah cukup dengan usaha dan doa".
minggu depan final.

manusia tak lari dari ujian.dunia mahupun akhirat.
dunia ini tempat ujian.akhirat tempat menerima balasan.

doakan untuk aku agar berjaya.

kata  abang PEMBINA.
"abid di malam hari,kuda tangkas di siang hari"

mahukan seperti itu.


diam

15 December 2012

.

aku terlalu takut 

apabila solat lewat ditunaikan tanpa rasa bersalah.
apabila tak reti nak bersyukur apa yang ada.
apabila Al Quran jarang dibaca apatah dibuka.
apabila mulut tak reti nak jaga.
apabila buat perbuatan sia-sia.
apabila suka membuang masa.
apabila suka buat orang marah.
apabila suka membazir

Astagfirullah.

sampai bila mahu berubah.
itulah persoalan yang aku timbulkan tiap kali tersedar.
tapi tiada tindakan.
hanya bebelan yang pasti diluahkan tanpa rasa bersalah

Astagfirullah

mencari ketenangan diri.

Allah sampaikan pesanan untuk aku tatkala aku baca sebuah coretan

"berubahlah kerana Allah bukan kerana manusia"



tak ada tajuk

12 December 2012

Sejujurnya, aku baru belajar cara hidup.
Aku baru belajar cara untuk mengebali orang.
Aku baru belajar cara untuk menyelesaikan masalah.
Ketika ini aku banyak menyusahkan orang.aku banyak sakitkan hati orang.sampai merosakkan silaturrahim.sampai merosakkn hubungan saudara seislam aku.

Bermula di twitter.
Aku akan tweet apa yang terlintas dalam fikiran aku.tak kira baik atau buruk.
Dan apabila tweet buruk keluar.ia akan menyakitakn hati semua orang.

Aku tak salah kan sesiapa.aku salahkan diri aku yang sentiasa tak fikir kalau nak tweet.

Hari ini.terbukti.salah aku.tweet aku.aku minta maaf.

Aku rasa aku perlu rendahkan ego aku.Memang sepatutnya aku rendah kan ego aku untuk minta maaf.sebab salah aku.

Selagi mana orang yang marah dekat aku tak maafkan aku.selagi tu juga jiwa aku tak tenang.

Kawan kawan.aku berharap agar kau buat aku tenang.di dunia dan akhirat.

Dengan rasa rendah diri, aku maafkan semua orang dalam dunia.

Aku tak mahu cari musuh.aku mahu cari kawan.aku tak mahu wujudkan perselisihan faham antara kita.


Jujur aku cakap.aku tak suka nak bash orang.

Semoga Allah merahmati kita semua.aku doakan semua kawan aku berjaya dunia dan akhirat.insyaallah



random

25 November 2012


saat ini assignment,test,project sedang beratur menunggu giliran.
antara minggu yang sibuk.sakit.penat.

kalau boleh dalam otak aku boleh buat folder macam dalam komputer,dah lama aku buat.biar tersusun sikit apa yang ada dalam kepala

kalau boleh aku copy paste lecture note masuk terus dalam kepala.dah lama aku buat.biar mudah aku faham.

soal sekarang kalau boleh.tapi realitinya tak boleh.

bukan mahu buang masa update blog ni.

tapi mahu lepas apa yang tersimpan.

minta jasa baik anda untuk doakan..

kalau rasa sudi mahu doakan aku,doalah dulu untuk saudara kita di palestin.mereka lebih perlukan.lepas tu baru doa untuk aku :)



apalah sangat seringgit dua

PALESTIN < JUMLAH >(RM1/3/5) KE 39111





single step

13 November 2012





Dalam kehidupan mesti ada satu perubahan yang kita mahu lakukan.aku setuju dengan statement bahawa "semua manusia ingin kehidupan yang baik.Tetapi apakah usaha kita cukup untuk melakukan perubahan?
tetapi itu bukan soalnya.persoalan sekarang adakah kita dah mula untuk melakukannya

A journey of a thousand miles begins with a single step.-Lao tzu

contohnya macam aku sekarang ini.gambar dia atas adalah tugasan yang aku perlu siapkan.setiap link tu ada 10 soalan.banyak takk??

tetibe emo.haha.Sebelum ni aku bising."kenapa la banyak sangat ni? menyusahkan orang je".haa.daripada kita sibuk bising yang tak mendatangkan faedah langsung.baik kita mulakan buat tugasan tu.At least kita dah buat sedikit.dah kurang beban kita.


begitu juga dalam kehidupan.aku tertarik dengan blog Hami Asraff.sila baca.Susah untuk kita istiqamah dalam melakukan kebaikan.itulah masalah utama kita sekarang ni.Walaupun kita susah untuk iatiqomah tetapi kita perlu juga teruskan.

Teruskan dekat pada Allah. Jangan tunduk pada nafsu serakah yang tidak lelah menghasut. Andai rebah, bangun dan melangkahlah semula.Hidup ini best kalau semua kita buat hanya kerana Allah. InsyaAllah.
(Hami Asraff)





-pengsan aku jawab myline.padahal baru 4 quiz je buat.
-dah lama tak post panjang.
-doakan biar aku dan kawan kawan aku dapat lalui dugaan dan cabaran serta membawa kejayaan kelak.




jatuh bangun

08 November 2012


terpulang pada diri,
mahu coret kecantikan atau keburukan,
pilihan kita,

mahu cantik mesti ada jatuh,
tak jatuh tak kuat kita,

semoga Allah kuatkan semangat kita bersama.

nanges

18 October 2012

betul
hidup ini pelbagai ujian
dan berbeza setiap orang
ujian kau lain
ujian aku lain

iman manusia sentiasa berubah
kadang-kadang tinggi
kadang-kadang rendah

cabaran di universiti sangat lain dengan sekolah atau matrik
terlalu bebas
susah untuk mengelak

kawa-kawan
tegurlah aku
nasihatlah aku

tariklah aku untuk tidak jatuh ke lembah kebinasaan
pimpinlah aku


"Astagfirullah"

aku terlalu leka

menjadi kebiasaan aku beri nasihat di blog
bukan aku tak nak praktikan apa aku cakap
tapi manusia mudah lupa
ya, memang mudah aku bagi alasan "manusia mudah lupa"
tapi
itu lah hakikat


"Astagfirullah"


"Ya, Allah peliharalah aku"

betul

08 October 2012

manusia lebih suka mencari keburukan seseorang. 
berbanding mendoakan kebaikan seseorang.
ini betul.
                               
"tengok orang tu,tak jaga aurat lansung ! "

"dia ni kaya sebab rasuah.tak berkat duit dia"

"dia ni la yang buat perempuan tu mengandung"

perkara simple.dialog yang sangat biasa kita dengar.
mungkin budaya kita kot selalu mencari kesalah orang berbanding kebaikan orang.

untuk pertamanya kita berdoa agar kita tidak mudah untuk mencari kesalahan orang.Dan seterusnya kita berubah untuk menjadi orang yang sentiasa mendoakan orang disekeliling kita.

insyaallah kita akan melahirkan umat tidak mencari kesalahan orang.

aku rasa hidup kita akan aman lepas ni kalau kita tak mencari kesalahan orang kerana tiada peselisihan faham yang berlaku.


topik ini terlalu biasa.perkara biasa ini lah yang akan menjadi perkara yang besar.


"betulkan yang biasa, biasakan yang betul'


peluang

01 October 2012


sudah lama tinggal.
mahu kembali aktif.
kat UTM setiap minggu ada kelas photography.
bukalah setiap minggu tapi 3 minggu ni je 3 kelas photography.
kamu semua sila jeles.

yang penting dapat mesej ni.
banyak perkara aku belajar di sini.
Alhamdulillah.
walaupon penat tapi berbaloi.

doakan kejayaan aku di sini
semoga Allah merahmati kamu semua

dua puluh tolak satu

25 September 2012

                                                 (25 September 2012) - (25 September 1993) = ?

sila jawab soalan di atas.haha

sudah genap 19 tahun aku hidup.masih tiada lagi sumbangan aku untuk islam.masih tiada lagi sumbangan untuk keluarga.masih tiada lagi sumbangan untuk diri.

hari ini aku bergelar pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik di UTM.Insyaallah akan bergelar seorang engineer kelak.Itu lah cita cita aku sejak kecil.Tetapi aku tak rasa bangga dengan itu.

itu matlamat dunia.bagaimana dengan matlamat akhirat?
 layak kah aku tergolong dalam golongan yang dipilih oleh Allah untuk syurga?

insyaallah itu bukan menjadi masalah besar.kita boleh berubah.Aku usaha.Aku doa.Aku tawakal.insyaallah.

seperti biasa,doakan lah aku menjadi seorang jurutera yang berjaya di dunia dan di akhirat.

aku ingin berjumpa dengan orang yang membaca post ini di syurga.insyaallah.

cinta

20 September 2012

tahu Innocence of Muslim?

sudah semstinya tahu kan.

ramai yang marah.
ramai yang geram.

aku pun marah.
aku pun geram.

ramai yang berdemo sebagai tanda kemarahan kerana Rasulullah dihina.


------------------------------------------------------------------------


Kebebasan bersuara.
Itu yang mereka memperjuangkan.Betul kita ada hak bersuara.tetapi ada hadnya.

Sudah lama aku fikir.Kenapa mereka ingin musnahkan agama islam? kenapa tak agama lain?

Aku yakin orang kafir tak bodoh.Sudah tentu meraka dah ramal bahawa umat islam akan marah dengan tindakan mereka.
Apa yang mereka inginkan sebenarnya? mereka mahu umat islam bertindak ganas dan umat islam akan digelar sebagai agama yang ganas?
atau pun ada muslihat lain.

busuk kan meraka?

ribuan umat islam mati dibunuh.ribuan wanita islam dirogol.dan aku tak pernah dengar perkataan ini,"jews is terorist".


-------------------------------------------------------------------------



cukup ke tanda kecintaan kita terhadap rasulullah dengan hanya berdemo.Bagaimana dengan sunnah Rasulullah.Ada kita buat?

cuba lihat diri kita.muhasabah diri.


"macam mana lah budak budak sekarang apabila melihat video innocence of muslim tanpa mempelajari sirah nabi.Apalah expectation mereka terhadap Rasulullah.
Ya Allah selamatkanlah umat islam"

menuntut ilmu

13 September 2012

Assalamualaikum
aku sihat.haha.tetibe.ok.sudah hampir 2 minggu aku bergelar seorang mahasiswa utm.setakat ini hidup aku bahagia.tiada masalah besar yang timbul.

tengok gambar jom


ini roomate aku.nama dia salehan.dia kate dia hensem.aku iyakan je.roomate ada seorang je.so aku duduk berdua dengan dia.setiap hari kami akan joging untuk menyihatkan badan.eh? yeke?

kat utm juga ada outdoor gymm.kalau kalau badan aku dah jadi macam sazali samad tegur tegur la ea.setiap petang memag ramai akan beriadah.sunset disini juga sangat awesome.kesimpulannya datanglah ke utm.

masjid utm sangat cantik.jeaah yang datang pon boleh tahan ramai.tetapi yang ramai adalah pelajar antarabangsa.ok jangan pelik.pelajar-pelajar Malaysia kebanyakannya solat di surau kolej.

pandangan masjid dari kolej tuanku canselor.aku menetap di kolej tuanku canselor berhampiran dengan fakulti kejuruteraan elektrik.Disebabkan dekat dengan fakulti.so aku decide untuk ke kelas dengan berjalan kaki.haha.sebenarnya budak 1st year tak boleh bawak kenderaan pon.

jadual kelas aku.sangat padat.haha.

aku tak rain update blog.so tengok lah gambar dekat instagram aku.kalau tak de.tengok dekat twitter aku.tengok kat bahgian photo.aku selalu update dekat instagram.senang dan mudah.

subjek circuit theory dengan engineering math sangat mencabar setakat ini.doakanlah aku.harap harap dapat buat fast track terus ke PHD pon ok jugak.dah ada matlamat.cuma tinggal usaha doa dan tawakal.sekian terima kasih

ke peringkat yang seterusnya

31 August 2012

Alhamdulillah.
bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia.terasa ayat ini sangat poyo.

Daftar masuk pada hari Ahad.Perasaan bercampur campur.

teruja,takut,gementar.haha


UTM ada masjid cantik


1st time masuk universiti.insyaallah aku akan belajar banyak benda selepas ini.Banyak perkara yang aku tak tahu.mungkin akan menjadikan diri aku lebih matang.

maklumlah.baru nak kenal dunia luar.mahu mencari sebanyak mungkin pengalaman.

mengharap doa kalian agar aku berjaya.

semoga 4 tahun aku berada di universiti teknologi malaysia ini,aku akan menjadi seorang insan yang berjaya.wohaa !

berusaha untuk dapat 1st class degree.insyaallah.

selamat menempuh ke dunia yang baru untuk kawan kawan yang akan meendaftarkan diri ke Universiti sabtu dan ahad ini.

aku doakan kawan kawan aku agar korang berjaya di dunia dan akhirat insyaallah.

jom

29 August 2012



jom
macam puasa setahun tu

hari itu aku bernazar..kalau aku dapat masuk UTM aku akan puasa 6...
so wajib untuk aku puasa 6 tahun ini..
tolong aku..ingatkanlah aku

hari itu terbaca dekat twitter Imam Muda Asyraf..
kalau nazar puasa 6..tak dapat pahala  sunat untuk puasa 6..
kalau salah tolong betulkan..
ini tak pe..ini aku punya hal..

Ayuh istiqamah dengan ibadat kita...
aku hanya mengajak di samping menjadi tauladan untuk aku sendiri..

aku nak cakap banyak..
tapi..
tak tau nak cakap apa...
kalau ada topik nak cakap..
aku akan membebel malam ni...tetapi
apakan daya...
ok..abaikan



mintak doakan

26 August 2012


aku usaha
aku doa
rasanya tak cukup

minta doa dari kamu semua
doakanlah aku supaya dapat biasiswa ini

aku tak amik PTPTN
amik risiko


malu rasanya mintak doa dari kamu semua
tekanan nak pergi interview
semoga dipermudahkan
insyaallah

nothing

18 August 2012

Syawa akan muncul.
Ramadhan akan meninggalkan.
Perasaan aku kosong.
Tak ada perubahan dalam diri.
Masih sama seperti dulu.

Aku langsung tak sedih Ramadhan akan berakhir.
aku lansung tak sedih walaupun diri aku tak berubah ke arah kebaikan.
aku langsung tak sedih wlaupun aku tak dapat khatamkan 30 juzuk.

hati aku lagi keras dari batu

tetapi 
aku sedih sebab aku tak dapat rasa kesedihan macam orang lain
aku sedih sebab walaupun amal aku sedikit tetapi aku selesa dengan keadaan itu

Ramadhan kali ini kosong buat aku

Ya Allah engkau lembutkanlah hati aku untuk berasa bersalah dengan dosa dosa yang aku lakukan
Ya Allah engkau lembutkalah hati aku untuk aku berasa bersalah dengan ibadah yang tak sempurna

Rasa tak layak untuk meraikan kemenangan di bulan Syawal.

semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu

tiada ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari ku
cuma aku mintak kemaafan dari semua manusia




mutiara naga

09 August 2012

Alhamdulillah.sudah masuk 10 hari terakhir buln ramadhan.Tapi hari ini aku tak nak cerita pasal ramadhan atau pun 10 malam terakhir.boleh? alah kalau korang kata tak boleh apa masalahnya? aku dah tulis pun.hehe.

pernah tengok cerita dragon ball? tak pun pernah baca mutiara naga? yang berjilid jilid tu? siapa tak pernah tengok tak enjoy la masa zaman kecik kecik dulu.haha.suka hati je.

Bagi aku cerita ini legend la.aku masih ingat lagi cerita ini hari Sabtu dan ahad pukul 9.00 pagi kalau tak silap.



cerita ini sebenarnya tentang pencarian 7 bola ajaib untukdi kumpulkan.Apabila kesemua bola sudah di kumpulakan akan keluar 1 naga yang besar yang dapat memakbulkan 3 permintaan.Pelbagai dugaan dan masalah yang di hadapi oleh mereka untuk mencari 7 bola ajaib itu.mereka sanggup bermatian matian untuk dapatkan 7 bola ajaib semata mata untuk mendapat 3 permintaan dari naga tersebut.

nampak tak perjuangan mereka semata mata mahu permintaan mereka di makbulkan.cuba kita lihat diri kita.Kita ada Allah yang sentiasa mendengar rintahan hambanya.kita tak perlu nak bermati matian untuk berdoa.kita hanya perlu berdoa seikhlas hati.insyaallah Allah makbulkan.

Mungkin kita terlalu sombong.mintak pun tak nak.mana la nak dapat kan? yakinlah dengan janji Allah.semoga kita dapat keredhan Allah di dunia dan akhirat.

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
(surah Ghafir ayat 60)

Subscribe lah

01 August 2012

click biar besar
Subscribe lah productive muslim...macam macam tips yang dia bagi.cuba tengok email tu..Abu productive sangat suka bagi nasihat.kalau rasa nak tanya,tanya je..hehe..

nak download Ramadan Taskinator ? tekan sini

Alhamdulillah.berkongsilah

hari itu medical checkup.kena timbang berat...rupa rupanya penimbang hospital tipu..berat aku naik 2 kilo..timbang kat rumah tak naik pun..problem sungguh!!


hanya percaya?

21 July 2012

sangat letih malam ini.tetapi disebabkan tak nak hilang idea,perlu juga tulis.nampak tak pengorbanan? 
phew!! #bongkak

Kota Mekah

percaya itu bukan yakin

Ramai umat islam percaya dengan islam tetapi tidak yakin dengan islam.
kenapa?

Aurat
Ramai orang percaya bahawa Allah akan menghukum orang yang tidak menutup aurat.Tetapi tak ramai yang yakin dengan hukuman Allah itu. Berapa ramai umat islam yang tidak menutup aurat dengan sempurna? Berapa ramai yang yakin bahawa Allah akan menghumban hamba hambanya ke neraka?

Jodoh
Ramai yang percaya dengan janji Allah bahawa lelaki baik untuk perempuan yang baik.Tetapi masih ramai yang tak yakin dengan janji Allah itu.
"kalau boleh aku nak suami yang soleh"
"kalau boleh aku nak isteri yanng solehah"
tetapi mana keyakinan kita dengan janji Allah.Ada ke usaha kita nak jadi lelaki atau perempuan yang baik.

kiamat
Ramai yang percaya Al Quran adalah kitab paling suci dan di turunkan Allah kepada nabi Muhammad untuk menjadi panduan kita tetapiberapa ramai yakin dengan kehebatan Al quran? berapa kali kita baca Al quran dan memahaminya? seminggu sekali? sebulan sekali? mungkin last baca Al Quran masa khatam Al Quran macam kecik kecik dulu?

banyak sangat nak diceritakan satu satu.Itulah penyakit yang utama perlu kita perbaiki.yakin itu adalah iman.Iman kita yang lemah sebenarnya..yakinlah dengan janji Allah.


untuk abah

18 July 2012

biar-Fynn Jamal

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti




rasa nak lagi feel.dengar lagu dia kat youtube

harapan

12 July 2012


Alhamdulillah
berkat doa kalian

buka seluas-luasnya

10 July 2012

hampir 10 minit aku termenung
idea ada.tapi tak tahunak mula macam mana.

akhirnya, beginilah

Melihat manfaat yang dekat berbanding manfaat yang jauh dan kekal. Itulah manusia. Implikasinya? menyesal di kemudian hari.

Fitnah
"kenapa engkau beri rasuah?"

"kalau aku tak beri rasuah, macam mana aku nak dapat rezeki?"

Itulah manusia hanya fikir manfaat yang dekat tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang. Kesannya? Malaysia tak akan maju selama lamanya. 
Syarikat yang kurang kemahiran telah dapat projek pembinaan bangunan secara rasuah. Adakah pembinaan bangunan itu akan menjadi yang terbaik? Absolutely not!!
Untuk memperoleh kontrak memerlukan kebijakasanaan dan kualiti yang baik bukan kebodohan beri rasuah.
kesan akhirat? sendiri fikir

curi
"kenapa engkau mencuri?"

"jimat.tak perlu keluar duit"


Adakah si pencuri akan hidup tenang dengan menggunakan barang curi? silap silap di belasah,mati begitu saja.Kesannya, menambah kos kita yang tidak bersalah untuk memasang alat anti curi, CCTV, pagar besi dan lain lain.itulah hasilnya, akibat si pencuri

                                           
Di madinah,adakah tuan kedai ini sengaja mahu letak jualan pakaiannya di luar untuk di curi? sebab di sana semua tahu bahawa mencuri adalah satu kesalahan yang berat?

samalah dengan perkara lain.Kita perlu menilai sesuatu dari skop yang luas, keluar dari kepentingan diri kepada keluarga, masyarakat, negara dan akhirat.

Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah swt, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
 (Al-Hasyr : 18)


masa main myspace dulu, ramai orang cakap muka aku macam asyraf sinclair. heh! tapi sekarang dah tak. :'(




Holga 135bc

06 July 2012

Alhamdulillah
aku baru lepas beli satu kamera film iaitu Holga 135bc.Nak tau kenapa dia panggil 135bc?tengok bawah nie

sumber gambar

Holga ini banyak jenis,contohnya holga 135, Holga 135bc, Holga 120 GCFN, Holga 120 CFN, Holga 120 TLRdan banyak lagi.


Aku pilih Holga 135bc sebab aku suka gambar yang vignette.Kamera ini juga boleh buat multi exposure.

Kenapa aku tetibe suka kamera film? haha pertamanya sebab murah.kamera ini hanya RM 160.tapi aku beli kamera ini siap dengan flash film 2roll dengan shutter release.total RM 280 dapat free 1 roll film dan free postage .tak sampai RM 300.

aku pun tak tau tapi dah lama aku teringin nak beli kamera film.Aku dapat rasa kepuasan apabila main kamera film ini.Ye la,kalau kamera digital kita boleh delete kalau gambar tak jadi.Tapi lain pulak untuk kamera film ni.kita tak tahu hasilnya macam mana.lepas process film baru kita tahu hasilnya.Dan itu lah yang aku inginkan.kita terasa excited nak tunggu film siap process.

dan post kali ini ialah 1st roll aku.1st roll ni aku just nak try macam mana guna kamera,setting kamera macam mane,mode apa yang sesuai,jarak objek dengan kamera dan banyak lagi.

1st roll juga la aku lupa nak buka lens cap.memang hancur gambar.8exp tak jadi.ok lihat hasil 1st roll aku.






dari 3 gambar bunga ni aku dapat satu cara la mungkin.haha.ini aku try snap dekat2.konon la nak dpt bokeh kan.tapi kamera ni tak boleh fokus gambar yang dekat.kalau nak fokus gambar dekat ada lens macro or close up.








6 gambar ini pula gambar biasa je.tapi kita akan nampak "black corner" kan? itu yang nampak lagi best gambarnyer.cehh.




3 gambar ini pula aku buat multi exposure..multi exposure ini kita tekan shutter 2 atau lebih dalam 1 frame film itu.so gambar dia akan bertindih.kalau korang semua nak tengok lagi awesome search dekat google tulis multi exposure lomography.tak pelah aku tolong carikkan.sini


yang ini pula,aku try bulb mode.buat light painting.ini lah kegunaah shutter release.kita just pasang kat kamera untuk mengelakkan gegaran.yelah shutter slow kan.

Alhamdulillah 1st roll ni banyak aku belajar.dan aku akan terus belajar.2nd roll film pulak akan lebih memilih subject yang terbaik sebelum snap.walaupun slogan lomography ialah 'don't think,just shoot.sayang filem beb.

doakan yang terbaik untuk aku.Next week result UPU dah keluar.







Bluetooth

05 July 2012

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikan zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya disisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
(surah Al Baqarah ayat 110)

Insyaallah.Janji Allah itu pasti dan ditepati !!
Apabila kita dapat lakukan perkara baik, sudah semestinya hati kita akan rasa puas dan gembira.Syarat untuk mendapat kepuasan dan kegembiraan adalah ikhlas.

Rafiq : Jom pergi solat berjemaah di masjid !
zul     : Boleh, apa salahnya..

nampak tak kepuasan yang di rasai oleh rafiq ? please la nampak..

lebih hebat kepuasaan yang di rasai kalau aura kebaikan kita dapat di transfer kepada orang di sekeliling kita.Mereka pn boleh rasa gembira dan puas.insyaallah

"Agama seseorang itu adalah mengikut rakannya, maka telitilah seseorang yang ingin dijadikan rakan baiknya" 
( Riwayat Abu Daud)

kebaikan manusia berpunca dari satu manusia dan bercambah ke manusia lain.Biarlah kita menjadi titik mulauntuk melakukan kebaikan.Biar kita menjadi ikutan oleh member member kita.Kita bukan nak ada pengikut tetapi penyokonguntuk menjadi baik.Jangan mudah untuk beralasan dan mengaharap orang lain untk memulakannya

peringatan ini untuk diri sendiri yang sentiasa lemah untuk melakukan kebaikan.


Umrah

24 June 2012


Alhamdulillah.ok.sambung untuk post seterusnya.kali ini aku kongsikan serba sedikit tentang ibadah umrah.Aku rasa sangat terkilan kalau aku stop cerita pasal pengalaman aku mengerjakan umrah.Aku perlu kongsi cerita ini sebab pengalaman ini sangat menakjubkan.wahh!!

ok aku ceritakan sedikit pasal umrah ini.Umrah ialah menziarahi Baitullah Al Haram dalam keadaan berihram mengerjakan tawaf, saie dan lain lain rukun serta wajibnya.

rukun pertama umrah ialah niat.Niat ini hendaklah dilakukan di luar tanah haram Mekah.dan terdapat beberapa tempat untuk kita berniat.Tempat untuk kita berniat di panggil Miqat.Gambar di atas ialah Bir Ali.Bir Ali ini paling dekat dengan madinah.So,kalau kita ziarah madinah dulu, kita perlu miqat di Bir Ali.Ketika berada di tempat miqat,kita perlu solat sunat ihram dan niat ihram.

Dan kita perlu ingat selepas kita niat ihram, kita ditegah untuk melakukan perkara yang diharamkan ketika berihram.Kalau kita buat juga perkara yang diharamkan itu kita kena buat dam.dam ialah denda.


selepas niat, kita perlu tawaf di kaabah.niat tawaf dan mulakan di garisan permulaan iaitu di hajar aswad.pastikan bahu kiri kita sentisa menghadap ke kaabah.Kita hendaklah tawaf kaabah sebanyak 7 pusingan dengan yakin.Biasanya kalau jemmah Malaysia ada buku gantung dekat leher.Dalam buku itu ada doa dan panduan melakukan umrah.Sangat mudah kalau kita refer buku itu.

selepas tawaf selesai, kita perlu melakukan saie.saie ini adalah berulang alik dari bukit Safa ke bukit Marwa.Kita perlu ulang alik sebanyak 7 kali dengan yakin.Kalau kita refer buku itu.setiap perjalanan ada doa.So, kita akan ingat berapa kali kita sudah ulang alik.Kiranya macam ini,perjalan pertama ada doa,perjalanan kedua pun ada doa dan seterusnya hingga perjalanan ke tujuh.Jadinya, kalau kita mahu elakkan lupa, kita refer je doa tu supaya kita dapat tau berapa perjalan kita.

ini adalah laluan untuk bekursi roda.
selepas saie, kita perlu bercukur atau bergunting.Sekurang kurangnya 3 helai rambut.Kelihatan jemaah sedang bercukur di tepi pintu tu.gambarini diambil dari tingkat dua.Biasanya tingkat satu sangat ramai.Tingkat dua tak ramai sangat

gambar ini selepas tawaf.nampaknya aku suka pejam mata kalau amik gambar.haha

-Tahniah kepada Dr Muhamad Mursi sebagai Presiden republik Arab Mesir yang rasmi.
-berharap kebangkitan islam sedang bermula.
-Alhamdulillah

-mohon maaf entry yang tak berapa lengkap untuk menjadi panduan umrah.

masjidil haram

19 June 2012


 Alhamdulillah dapat kembali untuk aku sambung post yang terbaru.Insyaallah kali ini post pasal masjidil haram pulak,

Terasa sangat bersyukur apabila terlihat kaabah.Alhamdulillah.sungguh aku sangat terpegun dengan kecantikan permandangan masjid ini.masjid ini tidak pernah sunyi kerana setiap masa manusia akan datang untuk menziarah masjid ini.
waktu tengahari




biasanya kalau nak mudah dan cepat untuk bertawaf,pergilah waktu tengahari sebab cuaca yang panas.tetapi bagi pengalaman aku bertawaf waktu tengahari lain sikit rasanya.walaupun tengahari tetapi di kawasan kaabah tu tak berapa panas sangat berbanding cuaca di luar masjid.lantai pun tak panas berbanding lantai di luar masjid yang sangat panas pada waktu tengahari

dan ini permandangan dari luar


dan ini pula salah satu majlis ilmu di masjidil haram.biasanya lepas magrib akan ada beberapa majlis ilmu di masjidil haram.rasa ingin join tetapi masalah bahasa menyebabkan aku tengok dari jauh je..heh

di multazam di mana tempat mustajab untuk berdoa.banyak tempat untuk doa di makbulkan di kawasan ini seperti di belakang makam ibrahim,hijr ismail dan banyak lagi..

sempat amik gambar hajar aswad dan tak dapat untuk mengucupnya.dfapat amik gambar pun sebab masa dah nak solat fardhu kalau tak memang tak nampak langsung sebab semua orang sentiasa berebu rebut untuk mengucup hajar aswad.



dan ini saje lah post kali ini.maaf kerana kerana kurang lengkap info yang di beri.kalau rasa ingin mahu maklumat lanjut silalah ke sini kerana di situ banyak benda yang boleh kita pelajari.haha

aku rasa aku perlu set jadual baru aku di rumah agar tidak menjadi manusia yang rugi