hanya percaya?

21 July 2012

sangat letih malam ini.tetapi disebabkan tak nak hilang idea,perlu juga tulis.nampak tak pengorbanan? 
phew!! #bongkak

Kota Mekah

percaya itu bukan yakin

Ramai umat islam percaya dengan islam tetapi tidak yakin dengan islam.
kenapa?

Aurat
Ramai orang percaya bahawa Allah akan menghukum orang yang tidak menutup aurat.Tetapi tak ramai yang yakin dengan hukuman Allah itu. Berapa ramai umat islam yang tidak menutup aurat dengan sempurna? Berapa ramai yang yakin bahawa Allah akan menghumban hamba hambanya ke neraka?

Jodoh
Ramai yang percaya dengan janji Allah bahawa lelaki baik untuk perempuan yang baik.Tetapi masih ramai yang tak yakin dengan janji Allah itu.
"kalau boleh aku nak suami yang soleh"
"kalau boleh aku nak isteri yanng solehah"
tetapi mana keyakinan kita dengan janji Allah.Ada ke usaha kita nak jadi lelaki atau perempuan yang baik.

kiamat
Ramai yang percaya Al Quran adalah kitab paling suci dan di turunkan Allah kepada nabi Muhammad untuk menjadi panduan kita tetapiberapa ramai yakin dengan kehebatan Al quran? berapa kali kita baca Al quran dan memahaminya? seminggu sekali? sebulan sekali? mungkin last baca Al Quran masa khatam Al Quran macam kecik kecik dulu?

banyak sangat nak diceritakan satu satu.Itulah penyakit yang utama perlu kita perbaiki.yakin itu adalah iman.Iman kita yang lemah sebenarnya..yakinlah dengan janji Allah.


0 komen: