terpikat 3 =)

27 November 2011

oh yeahhhh
yang ke -3

sebelum tu
Assalamualaikum
sihat?
Alhamdulillah aku sihat
ok..aku tanya aku jawab..style!

macam biasalah..kalau tajuk pon 'terpikat' mesti intro dia aku jadi driver akak aku..yang ni pulak pergi batu pahat..singgah BP Mall quite boring jugak...disebabkan aku pergi pon dengan akak aku..subjek utama adalah popular books store.tapi popular yang dekat BP Mall ni kecil...tak banyak buku..pada awalnya aku dah ada niat nak beli buku bogel menuju tuhan(BMT) tapi boleh buku tu tak ada.peh.menyesal aku tak beli dulu..aku terus cari buku lain..apa yang aku jumpa? aku jumpa buku tajuk dia Travelog Wartawan islam karangan Roslan Hamid.

aku terpikat sebab tajuk dia Travelog.biasanya travelog ni kisah benar.dan aku rasa kalau kisah benar tentunya isi kandungannya sungguh menarik.sebab pengalaman kan.dan aku suka sebab travelog ini berdasarkan alam perkerjaan.biasanya kita akan jumpa novel atau buku cerita tentang di alam persekolahan.sebelum ini aku ada jugak baca Denyut Kasih Medik tulisan Dr. farhan Hadi.sebenarnya aku start suka baca buku sejak aku baca buku denyut kasih medik.cerita pengalaman seorang doktor muslim.Banyak menyentuh Fiqh dalam kehidupan seharian yang kadang kadang kita terlepas pandang.

mungkin lepas ni banyak lagi penulis boleh buat pasal dakwah dalam kerjayanya..konfirm aku beli..haha..
setakat ni baru jumpa doktor dan wartawan..belum jumpa lagi photographer engineer arkitek mekanik pemain bola sepak..eh tapi aku penah baca tentang pemain badminton..hahaha...justeru impian di jaring tulisan cikgu Bahasa Arab aku time form 1 dengan form 4..(final exam form 4 aku dapat A dalam bahasa Arab)<---(opss)karangan Zaid Akhtar
                              .

-ok..da habes mengarut
-result da nak keluar
-aku suka makan crunchie..
-takziah Malaysia
-nanti kalau game Malaysia pukul 8.45,sembahyang Isyak dulu ea
-jangan nak hina negara orang
-jangan hina guru kita
-blog aku macam dah tak ada matlamat
-lepas ni aku akan baiki apa yang lemah




-jika tidak mampu menyokong ketika kalah,jangan bersorak ketika menang(lah tube)

hidup hidup

17 November 2011

Jumaat 18 November 2011

aku akan pulang ke KMJ

Sabtu 19 November 2011
MUET listening-reading-writing

Jauh lagi rupanya
perjalananku
baru 18 tahun

Rasulullah sudah bahagikan hidupnya
1/3 untuk ummah,1/3 untuk keluarga dan 1/3 untuk dirinya

aku?
hanya untuk diri sendiri
kedekut!
selfish!

-maafkan aku
-teruskan usaha contohi Rasulullah
-kuatkan semangat
-aku biasanya cakap lebat..buatnyer tak
-Assalamualaikum

kita


Tuhan cuma menulis tapi kita yang melakonkan
jangan jadi pelakon dungu sudah =)

ini baru betul

16 November 2011


"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal- Surah al-Baqarah Ayat 44."




“Pada malam Isra’ Mi’raj, aku melewati suatu kaum yang bibir mereka digunting dengan gunting dari api Neraka. Aku bertanya: ‘Siapakah mereka?’ Mereka (Jibril dan para Malaikat) menjawab: ‘Para khatib (tukang khuthbah) dari ummatmu di dunia. Mereka menyuruh manusia untuk melakukan kebaikan, namun mereka melupakan dirinya sendiri. Tidakkah mereka berpikir?’” (HR. Ahmad)


-prepare diri
-walaupon kita bukan sempurna
-nak bibir kita di gunting dengan gunting neraka??
-muhasabah diri
-kadang aku pon lepas cakap tanpa lihat diri aku sendiri
-Insyaallah kita bantu agama Allah,Allah bantu kita

teringat =)


Assalamualaikum
sihat? hmm mesti la sihat kot..kalau tak tak kan la dapat online usha2 blog kan...sebenarnya aku tak ada apa sangat nak update blog.tapi tetibe rasa nak update.sebenarya tadi masa on facebook tetibe ada senior SMKAS post something.sebenarnya aku tak jumpa pon beliau masa dekat sekolah dulu.dia dah lama keluar SMKAS baru aku masuk kot..sebenarnya aku kenal dia masa join workshop photography saluddin ismail.nak tau dia post apa kat facebook? dia post video lagu qatrunnada.tetibe aku teringat masa aku didengarkan dengan lagu tu oleh abang sufi.masa tu dia exco dakwah.semangatnya dia siap bagi lirik.uhh..lagu  tu best.boleh insaf dengar.




haaa..ni 1st time aku dengar lagu ni masa masuk SMKAS.biasanya lagu ni nyanyi lepas solat.mula mula aku pelik jugak kenapa nyanyi lagu ni tadah tangan berdoa.lepas hayati lirik dia baru aku faham.lepastu tiap tiap hari aku harapkan imam nyanyi bila abes solat.tapi hari semakin hari lagu atau doa ni semakin dilupakan.masa form 1 selalu dengar.masa form 2 kerap kerap kalai dengar..form 3 enth tak ingat...haha..form 4 sekali dua je .form 5?? aku dengar kat youtube jee..hoho...tapi korang dengalah lagu..insyaallah terpikat..haha



k..yang ni pulak lagu syababul islam..aku tak tau bila 1st time aku dengar...tak silap aku masa form 1 jugak kot..sebab tetibe aku dah hafal..haha..biasa lagu ni nyanyi time ade pelancaran bulan bahasa arab...dengan lagu nie....biladi...maskotu roksi..yeje aku ni..aku dah lupee...haha




ni pon lagu favourite time sekolah menengah...sangat cool..


-banyak sebenarnya lagu lagu zaman sekolah...banyak aku dah lupa
-ngantok pulak update malam malam...
-aku rindu zaman sekolah
-aku rindu SMKAS walaupon aku bukan la banyak jasa pon dengan sekolah
-dah nak balik matrik
-result PSPM pon da nak keluar
-
-

terpikat 2 =)

12 November 2011

yeah siri kedua pulak..
eh..sebelum tu

Assalamualaikum.
sihat? Alhamdulillah sihat hendakNya.kalau tak sihat mungkin kita sedang diuji =)

hari ini aku jadi seorang driver (macam same je dengan entry yg bawah nie.cube scroll bawah skit.nampakan.beria pulak) pergi ke seremban.sebenarnya just teman akak aku pergi belajar buat kek.jauhkan?
aku drive masa nak balik je.malam pulak tu tambahan hujan.memang slow la aku drive tadi.

masa akak aku belajar buat kek aku telah melepak lepak di jusco seremban seorang diri.huh boring.habes satu jusco aku pusing.aku tengok wayang.tengok gelagat manusia.tengok itu.tengok ini.

time jalan jalan nampak buku popular.yeah.ingat nak cari buku bogel menuju tuhan.bukan nak beli.tapi nak sambung bace.malangnya tak jumpa.tengok tengok jumpa la buku Mustafa Kamal Atartuk penegak agenda yahudi karangan Abdul Latip Talib.sebenarnya dah lama aku nak cari buku tajuk nie.tapi semua buku yang aku jumpa tebal giler serta dipenuhi dengan fakta.aku bukan la yang suka baca buku sangat.so tak berapa nak minat sangatlah.sejak form 1 lagi aku nak cari sangat pasal cerita si penegak agenda yahudi ni.dulu masa dalam usrah abg ateh.dia cerita sikit je dan tak berapa jelas sangat

sumber gambar google

sebelum ni aku ada jugak beli buku karangan Abdul Latip Talib ni.buku Imam hanafi pendebat kebenaran.aku lebih tertarik dengan hasil karangan beliau sebab isi kandungannya lebih kurang cerita or novel.aku rasa itu lebih menarik minat aku kot.

-cintai Allah
-muet da nak dekat
-best jalan jalan
-eh..mesti pelik aku tetibe suke membaca
-membaca jambatan ilmu..ceh..teros je
-sejak masuk matrik aku tak pernah baca bahan ilmiah yang berasaskan kerohanian.semua
 pasa sains.masa dekat sekolah ada la jugak pinjam solusi amol.hehe
-doa yang terbaik untuk aku dan kawan kawan aku.

terpikat =)

09 November 2011

Assalamualaikum
sihat? Insyaallah sihat kehendakNya

hari ini aku jadi seorang driver rumah ke kluang (Sekolah Sains Johor) gara gara hantar akak.sementara tunggun seminar akak habes.aku membuang masa ke kluang mall.niat dihati nak ke popular tapi hati lebih tertarik ke Big cinema mononton Tower heist.cerita yang cukup simple dan menarik.Movie habes 3.30ptg.akak pula mesej tunggu di popular.sampai di popular akak pulak tak ada.hmm.sementara tu pusing pusing tengok buku.ditakdirkan aku terberhenti didepan buku yang cukup menarik.sebenarnya buku tu sudah lama keluar.aku cuma tak ambil peduli je.mesti korang semua sudah tau.bogel menuju tuhan.zahiril adzim.siapa tak kenal?terus tarik buku sambil membelek belek.tengok sajak je memanjang.tak sedar ada catatan ringkas.sorry to say.aku tak suka sajak.hehe.bab bab bahasa memang aku lemah.Result SPM.BAHASA MELAYU B+.masa dekat sekolah dulu kalau ada program nearmiss bahasa melayu aku la mukanya.haha.

tapi aku baca sajak(sajak ke? yekot) best!.dalam otak aku.tadi bawak RM50.bateri jam tangan RM25.huhh.kenapa la jam ni guna dua bateri.hmm.tak cukup?harga buku RM30.belek belek lagi. ada tulis

"Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.


Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga"



sumber gambar:blog zahiril
haa..dia kata ada dalam blog.lepastu ada nampak url blog dia http://zahiriladzim.blogspot.com/.hmm..tak apa lah.tengok blog pon okay.ada je ATM dekat bawah tu.haha.kedekot !.balik rumah teros bukak blog dia.kagum! best! banyak! belom habes meneroka cerita beliau.tapi ada yang dalam buku tu tak ada dalam blog.sedih sekejap.tapi dapat jugak sesuatu dari blog beliau 

-aku bukan yang suka sastera.
-karangan aku masa sekolah semua ayat biasa.takde ayat yang bes
-tujuan aku buat blog pada asalnya nak memahirkan bahasa aku.kurang berjaya
-minta maaf cikgu bahasa melayu(ceh..tetibe)
-buat sesuatu kerana Allah bukan harap perhatianorang..aku pegang
-berubah sedikit demi sedikit serta istiqomah.

Hijab =)

07 November 2011

comel laa..
Wearing hijab without imaan (faith) is like eating food without taste; it fills you, but it never fulfills 

you."

Hijaab with layers of makeup, is NOT hijaab. 

Hijaab with tight clothes on is

NOT hijaab.

Hijaab with a bad attitude is NOT hijaab.

For beautiful eyes, look at fitna-free stuff.

For a beautiful face,stay natural.


For a beautiful attitude,stay away from bad deeds.


For a beautiful look, wear the uniform that Allah gave you.


For beautiful lips, speak the words of Allah.


"THAT is hijaab"



sumber gambar:google


-cuti 2 minggu je
-guna cuti dengan sebaiknyer
-doakan saya dapat 4flat
-masih blurr lagi
-tak cukup amal lagi