pernikahan parlan & zaleha

30 January 2011

semalam baru je ikut zulfoto.com untuk shoot gmbr nikah.kali ni member aku pon turut serta iaitu emir..
tujuan aq tag along ni nak belajar serba sedikit tentang fotogtafi perkahwinan..macam mana nak layan client macamana nak cri angle yang sesuai.cara untuk pengantin pose...dan byk lagi...
harap yang singgah blog ni dapat berikan komen yang membina untuk menanbah baik kualiti gambar ini,,,












banjir

As Salam

ucapan takziah buat semua yang terjejas dalam bencana banjir.marilah kita sama sama sedekahkan Al Ftihah dengan iringan doa semoga mereka dalam keadaan yang selamat.Bencana alam sama ade banjir gempa bumi pada hakikatnya datang dari Allah yang maha kuasa.Apabila kita melalui bencana ini kita perlu mencari hikmah dan pengajaran disebalik kejadian kerana mustahil Allah menjadikan sesuatu kejadian tanpa hikmah.Mungkin saja Allah jadikan bencana itu sebagai teguran atau pengajaran kepada manusia yang lupa supaya kita tidak leka..tidak lalai daripada mengingati Allah.

mungkin orang yang menjadi mangsa bajir ini ialah orang yang mempunyai kekuatan dan keteguhan.Dalam Al quran Allah telah menyebut Allah tidak akan memberikan sesuatu bebanan kepada orang yang tidak mampu dipikul olehnya.sebab itu banjir berlaku hanya disesetengah tempat dan tidak berlaku diseluruh dunia kerana Allah telah tahu bahawa orang yang diiuji itu mampu memikul bebanan itu.sedangkan mungkin dikawasan yang tidak berlaku bencana ini kerana mereka tidak mampu memikul bebanan ini.Maka hendaklah kita memohon keteguhan dan kesabaran untuk menempuhi bebanan ini.Allah telah berfirman

    Hai orang orang yang beriman,mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah bersama orang orang yang sabar


ujian dan dugaan adalah lumrah hidup kita dan kita perlu tempuhi dengan sabar.ujian yang kita tempuhi tidak seteruk ujian yang menimpa para sahabat yang mempertahankan aqidah mereka dari musuh musuh Allah.maka hendaklah kita lapangkan dada dan yakinlah bahawa setiap musibah mempunyai hikamh disebaliknya.


saje saje

boring pulak duduk kat rumah...try je...hehee


cm bagus je...haha



Tasik Machap

25 January 2011


salam

petang tadi dapat pergi ke Tasik Machap dengan member..pada awalnya nak bertolak pada pukul 5.tetapi apakan daya..hujan renyai renyai..hal ini telah membuatkan kami bergerak lewat sedikit.setelah hujan berhenti kitorang terus bertolak pada pukul 5 setengah...sampai sana dalam 15 minit...masa begitu singkat...tgk jam je da pukul 6 setengah...byk buang mase nak setting kamere je...hahha...maklumlah buadak baru nak belajar...haha...ni je hasil aku yang dapat snap...komen atau kutukan yang membina amat diperlukan







Operasi Pakatan Sulit memburu 6 jahanam

24 January 2011

salam..
hari ini aku terbuka page pakatan sulit di facebook.pakatan sulit telah mengadakan 1 misi pada bulan januari iaitu mencari bahan bukti yang berkonsepkan kasut.

PROJEK JANUARI

BRIEF
kami menerima laporan bahawa berlaku kekacauan disekita kawasan bandaraya Valencia.Ianya disyaki oleh salah seorang anggota 6 jahanam.Ada saksi bahawa beliau sempat melihat suspek walaupon tidak jelas tetapi beliau menyatakan bahawa suspek sedang berlari-lari anak keluar dari kedai bundle dengan sepasang kasut ditangannyayang disyaki dicuri.Beliau sangat cam dengan kasut tersebut sebab ianya agak rare dan cantik apabila dipadankan dengan baju batik kerajaan,sesuai digunakan untuk majlis minum petang.
MISI
  • sepanjang bulan Januari perisik ditugaskan untuk mencari bahan bukti yang berkonsepkan kasut
  • gunakan kreativiti dan caption yang bersesuaian dengan gambar anda
  • misi ini terbuka kepada perisik amatur dan pro
  • saiz gambar hendaklah sekuarang kurangnya 600 x 400 pixel
  • hantarkan karya anda ke pakatansulit@gmail.com ataupost ke wall pakatan sulit



kasut ni ke yang suspek pakai???
gayanya suspek berada di padang rumput..


mintak maaf

22 January 2011

Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubah dgn tangan jika tdk bisa maka dgn lisannya, jika tdk bisa juga maka dgn hatinya, itulah selemah-lemah iman.”[HR. Muslim dalam Al-Iman (49)]

haha...baru baru ni aku baru je tegur budak.selama ni pakai tudung..lepas tu gambar yg latest ni dia dah tak pakai tudung...sorry la yerk...aku tegur direct dan tak tapis....*free hair?memang bole ea free hair?tak tahu pulak aku bole free hair*cam tu la lebih kurang...

kenapa aku tegur dia..aku tak tegur orang lain..padahal ramai lagi yang terdedah dengan aurat diorang...aku tahu budak tu sudah ada asas agama dan sudah menuntu ilmu di sekolah yang mementingkan asas islam dalam kehidupan seharian..aku rasa buadak tu tak patut buat macam tu...memalukan sekolah keluarga dan diri sendiri kot as a muslim dan sebagai bekas pelajar sekolah agama..abes selama 3 tahun di sekolah agama takkan tak tahu aurat perlu ditutup...bukan sudah diajar ke kena tutup aurat...siap pakai tudung labuh lagi...tahu la sekarang sudah tidak didedahkan dengan kuliah2 agama..at least sensitive la skit tentang aurat...

p/s:mintak maaf byk2 kat orang yang berkaitan sebab aku tegur ko tak berhikmah langsung
      harap maaf...

Apa itu Lomography?

18 January 2011

 Salam...
ape bende lomography ni?...hari tu ade budak kecik tanya...hehe..lomoraphy tu ape?ni yang aku nak share skit..tapi basic jela...menurut wikipedia,lomography ni suatu bahagian fotografi yang menggunakan kamera yang khusus yang di panggil kamera LOMO.Nak tahu LOMO tu ape?ni singkatan diLeningradskoye Optiko-Mechanichesckoye Obyedinenie.pergh!nama pon da pelik.sebab tu di pendekkan jadi LOMO.suka ati je...hehe..nama tersebut merupakan nama kilang dekat St.Petersburg Russia.



sumber  google


sebenarnye kamera ni kamera lama.tapi gambar dia memang superb!memang lawa.salah satu yang menarik dengan kamera ini..tak guna memory card...guna filem je...simple kamera..warna gamabr mengikut filem yang dipakai..harga tak delah mahal sangat...maksud aku x delah samapi ribi riban...ratusan je...hee...aku tengok kebanyakkan gambar macam main shoot je...tak de la nak ikut rule sangat...tapi gambar yang dihasilkan nampak macam seni.bes2...ni contoh gambar lomo..






sumber google

kalau aku edit je kat adobe photoshop...cari action dekat deviantart..pas tu siap!tapi tak ade lah sehebat kamera LOMO..




smile :)

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

17 January 2011



1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog ni
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*
contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !
4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011



disebabkan banyak waktu yang tidak diisi..
join je..
cik akak ni suruh bitau kalau dapat RM100
nk simpanla akk ui...
hee..
nk bli spec baru la....
da lama pkai ni...
yeje...
hehehe..

gambar lama..just tuka je...hee





smile:)

EDIT PHOTO BATTLE

16 January 2011



contest!contest!contest!itulah aktiviti...sbnarnye aku masuk contest ni pon bukanlah nak menang sangat tapi just nak asah bakat...2 je... :)



1-buat satu entry yang bertajuk "EDIT PHOTO BATTLE"
dalam entry tu ade pic kat atas tu ..xyah letak kat sidebar (nak letak pun xpe..hehe)
pastu link kan terus kat sini..
2-follow lah blog empayar bintang tiga nie..snang nak tau pengumuman atau update ape2 (nak follow blogmirul n solehah skali pn x pe )..hehhe..opssst...terpromosi pulak..
3-ape yg perlu korang buat?korang edit gambar ikut kreativiti korang masing2...
gambar tu ikut suka korang...nak edit gambar korang ke,gambar bagunan ke,gambar kucing korang ke,gambar la ape2 pun..yang penting ori dari korang..no google2 ok... :) ~
letak gambar sebelum diedit n selepas diedit...dalam entry korang tu..
kalau nak gtau edit mcam mana pn x pe..xmo gtau pun xpe..    
pkai software ape2 pn x pe..x kesah....



ni lah hasilnya
sebelum
selepas
nk tag
kak nabila
fatin
gebang
rai
    
thanks! smile :)

Kematian

sejak dua menjak nie..banyak aku dengar berita tentang kematian..kematian itu adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.kita sebagai manusia hanya perlu redha dengan ketentuannya.kematian itus sebagai petunjuk bahawa kita tidak tahu bila kita akan meninggal dunia.

sedekah Al Fatihah kepada ibu azhad rifqie dan ayah akmal izzat yang telah kembali ke rahmatullah...semoga mereka ditempakan orang orang yang beriman..amin....

sesungguhnya masa itu perlu diisi

11 January 2011



huh!sungguh boring bila duduk dekat rumah.tak tahu nak buat apa.nak cari keje pon tak ade trasnport.maksud aku lesen moto atau krete pon tak dapat lagi...camne la nak cari keje..duduk rumah just online je...bukak forum fotomedia...timba ilmu..wah..haha...lepas cari tutorial adobe photoshop...follow je 
tips dia...ni lah hasil duduk rumah...hahaha..








kenangan

01 January 2011

esok 2 januari 2011..

aku hanya duduk di rumah..sememntara junior aku semua akan berdaftarsebagai pelajar SMKA Segamat.Kini bukan lagi aku berdaftar di dalam dewan...bukan lagi aku duduk di dorm di asrama as solihin..mengimbau kenangan lama semasa aku menjejakan kaki ke SMKA Segamat masa aku form 1.

form 1..
Disember 2005
aku telah berdaftar sebagai pelajat 1st intake..masa tu pkai baju bese je..tak ramai pon...mase tu..yang aku ingat aku nampak syahmi..pjat..zarep...tu je yang aku ingat.
Januari 2006
aku daftar sekali lagi...macam2...aku ditempatkan di dorm Abu Bakar..ketua dorm abang Mazizan dan penolongnya abang Anuar Tulos..aku dapat loker hujung...cik Bahar siap bagi kunci loker..bese la...loker baru...sebelah aku mase tu syahmi...orang pertama yang aku kenal...dan petang berikut..budak atas katil aku telah menegur...''ei..buku ko da tulis name blom?''tnye si budak atas katil aku..aku jawab blom...aq tanya ''siape name ko?''..''nme aku anep''jawab dak atas katil..orang kedua yang aku kenal hanif jemeli...aku tgk tulisan dia...fuh!!lawa giler...tulisan aku buruk je...lepas tu ade kawan hanif datang dorm...muke kerek je...tak pe la...aku x tegur pon...budak yang dimaksudkan ialah firdauz aka gebang..tidor je dalam kelas tapi PMR 9A.mase form 1 la mse yang sangat indah di SMKA Segamat.macam perkara baru aku belajar..halaqah mulk...belajar bagi tazkirah...kena hafal surah Sajadah dgn surah Al Mulk serta wirid...sesape yang tak dapat hafal kena denda....kene diri separuh...kena marah...mase tu rase macam terseksa tapi sebaliknya..itulah kenangan yang terindah..kenangan yang mengajar aku menjadi seorang insan...

Masa aku form 1...aku telah menjadi calon ketua kelas...dan ramai telah mengundi aku menjadi ketu kelas..padahal semua tak kenal aku pon...hampeh je diorang...mase tu aku seorang yang senyap je kot...same je cm sekarang...hahaha...siap menang kelas tercantik lagi...guru kelas mase 2 ustazah jarizan..ajar ktorang english...cukup la stakat nie...nanti sambung lagi...aku ade lagi bes...