dua puluh tolak satu

25 September 2012

                                                 (25 September 2012) - (25 September 1993) = ?

sila jawab soalan di atas.haha

sudah genap 19 tahun aku hidup.masih tiada lagi sumbangan aku untuk islam.masih tiada lagi sumbangan untuk keluarga.masih tiada lagi sumbangan untuk diri.

hari ini aku bergelar pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik di UTM.Insyaallah akan bergelar seorang engineer kelak.Itu lah cita cita aku sejak kecil.Tetapi aku tak rasa bangga dengan itu.

itu matlamat dunia.bagaimana dengan matlamat akhirat?
 layak kah aku tergolong dalam golongan yang dipilih oleh Allah untuk syurga?

insyaallah itu bukan menjadi masalah besar.kita boleh berubah.Aku usaha.Aku doa.Aku tawakal.insyaallah.

seperti biasa,doakan lah aku menjadi seorang jurutera yang berjaya di dunia dan di akhirat.

aku ingin berjumpa dengan orang yang membaca post ini di syurga.insyaallah.

cinta

20 September 2012

tahu Innocence of Muslim?

sudah semstinya tahu kan.

ramai yang marah.
ramai yang geram.

aku pun marah.
aku pun geram.

ramai yang berdemo sebagai tanda kemarahan kerana Rasulullah dihina.


------------------------------------------------------------------------


Kebebasan bersuara.
Itu yang mereka memperjuangkan.Betul kita ada hak bersuara.tetapi ada hadnya.

Sudah lama aku fikir.Kenapa mereka ingin musnahkan agama islam? kenapa tak agama lain?

Aku yakin orang kafir tak bodoh.Sudah tentu meraka dah ramal bahawa umat islam akan marah dengan tindakan mereka.
Apa yang mereka inginkan sebenarnya? mereka mahu umat islam bertindak ganas dan umat islam akan digelar sebagai agama yang ganas?
atau pun ada muslihat lain.

busuk kan meraka?

ribuan umat islam mati dibunuh.ribuan wanita islam dirogol.dan aku tak pernah dengar perkataan ini,"jews is terorist".


-------------------------------------------------------------------------



cukup ke tanda kecintaan kita terhadap rasulullah dengan hanya berdemo.Bagaimana dengan sunnah Rasulullah.Ada kita buat?

cuba lihat diri kita.muhasabah diri.


"macam mana lah budak budak sekarang apabila melihat video innocence of muslim tanpa mempelajari sirah nabi.Apalah expectation mereka terhadap Rasulullah.
Ya Allah selamatkanlah umat islam"

menuntut ilmu

13 September 2012

Assalamualaikum
aku sihat.haha.tetibe.ok.sudah hampir 2 minggu aku bergelar seorang mahasiswa utm.setakat ini hidup aku bahagia.tiada masalah besar yang timbul.

tengok gambar jom


ini roomate aku.nama dia salehan.dia kate dia hensem.aku iyakan je.roomate ada seorang je.so aku duduk berdua dengan dia.setiap hari kami akan joging untuk menyihatkan badan.eh? yeke?

kat utm juga ada outdoor gymm.kalau kalau badan aku dah jadi macam sazali samad tegur tegur la ea.setiap petang memag ramai akan beriadah.sunset disini juga sangat awesome.kesimpulannya datanglah ke utm.

masjid utm sangat cantik.jeaah yang datang pon boleh tahan ramai.tetapi yang ramai adalah pelajar antarabangsa.ok jangan pelik.pelajar-pelajar Malaysia kebanyakannya solat di surau kolej.

pandangan masjid dari kolej tuanku canselor.aku menetap di kolej tuanku canselor berhampiran dengan fakulti kejuruteraan elektrik.Disebabkan dekat dengan fakulti.so aku decide untuk ke kelas dengan berjalan kaki.haha.sebenarnya budak 1st year tak boleh bawak kenderaan pon.

jadual kelas aku.sangat padat.haha.

aku tak rain update blog.so tengok lah gambar dekat instagram aku.kalau tak de.tengok dekat twitter aku.tengok kat bahgian photo.aku selalu update dekat instagram.senang dan mudah.

subjek circuit theory dengan engineering math sangat mencabar setakat ini.doakanlah aku.harap harap dapat buat fast track terus ke PHD pon ok jugak.dah ada matlamat.cuma tinggal usaha doa dan tawakal.sekian terima kasih