buka seluas-luasnya

10 July 2012

hampir 10 minit aku termenung
idea ada.tapi tak tahunak mula macam mana.

akhirnya, beginilah

Melihat manfaat yang dekat berbanding manfaat yang jauh dan kekal. Itulah manusia. Implikasinya? menyesal di kemudian hari.

Fitnah
"kenapa engkau beri rasuah?"

"kalau aku tak beri rasuah, macam mana aku nak dapat rezeki?"

Itulah manusia hanya fikir manfaat yang dekat tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang. Kesannya? Malaysia tak akan maju selama lamanya. 
Syarikat yang kurang kemahiran telah dapat projek pembinaan bangunan secara rasuah. Adakah pembinaan bangunan itu akan menjadi yang terbaik? Absolutely not!!
Untuk memperoleh kontrak memerlukan kebijakasanaan dan kualiti yang baik bukan kebodohan beri rasuah.
kesan akhirat? sendiri fikir

curi
"kenapa engkau mencuri?"

"jimat.tak perlu keluar duit"


Adakah si pencuri akan hidup tenang dengan menggunakan barang curi? silap silap di belasah,mati begitu saja.Kesannya, menambah kos kita yang tidak bersalah untuk memasang alat anti curi, CCTV, pagar besi dan lain lain.itulah hasilnya, akibat si pencuri

                                           
Di madinah,adakah tuan kedai ini sengaja mahu letak jualan pakaiannya di luar untuk di curi? sebab di sana semua tahu bahawa mencuri adalah satu kesalahan yang berat?

samalah dengan perkara lain.Kita perlu menilai sesuatu dari skop yang luas, keluar dari kepentingan diri kepada keluarga, masyarakat, negara dan akhirat.

Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah swt, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
 (Al-Hasyr : 18)


masa main myspace dulu, ramai orang cakap muka aku macam asyraf sinclair. heh! tapi sekarang dah tak. :'(




0 komen: