berangan

30 April 2012

Allah

hari ini macam macam aku fikir
fikir pasal masa depan
cerah atau gelap
sakit atau bahgia

apalah result aku nanti
apalah course yang aku dapat nanti
apalah kerjaya aku nanti
siapalah permaisuri hati aku.heh!

dan itu semua rahsia dan takdir Allah


dan aku sangat berharap untuk digembirakan =D

 "masuklah kamu ke dalam syurga,kamu dan pasangamu akan digembirakan."
[surah zukhruf ayat 70]

ABC cendol dan kopi o



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
[Riwayat Muslim]

jagalah hubungan kita sesama muslim walaupun berbeza fikiran dan pendapat.semua orang berbeza beza.ada yang suka makan ABC.ada yang tak suka ABC tapi dia suka cendol.Dan ada juga suka kopi 0 tapi dia tak suka ABC dan cendol.tetapi kesemuanya tetap MUSLIM



kalau tak keberatan boleh tekan donate <3 
hehe =)

heh =)

26 April 2012

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
ucap syukur
tak sampai setahun berada di kolej matrikulasi johor
23 Mei 2011 daftar masuk sebagai pelajar
26 April 2012 daftar keluar sebagai bekas pelajar

sakit perit memang terasa
banyak benda dah belajar

walaupun tak sampai setahun
tapi 
rasa rindu
rasa sayang
rasa sakit
rasa pedih
semua lengkap
dan semua itu yang mengajar erti hidup

mungkin aku bukan macam orang lain
matured
pandai manage masa
berdikari
baik
soleh

ya
aku akui memang semua bende aku cakap kat atastu  memnag tak ada dalam diri aku
tapi kat tu lah aku belajar semua tu

perasaan aku bercampur campur
macam rojak
gembira apabila sudah habis matrik
risau dengan result akan keluar tak lama lagi
doakan lah sahabatmu ini 





langit

18 April 2012

teringat pesanan ustazah Sarmi yang mengajar subjek fizik.
mungkin ayat tak sama tapi maksudnya sama

 "ingat,langit ini tak selalu cerah.jangan harap sangat pada nasib.bersedia lah dengan bersungguh sungguh" 


google

inginku sampai ke langit

5 minit sebelum study math paper 1

14 April 2012

Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

huh..subanallah..hari hari yang memenatkan..sungguh!
menenangkan fikiran sambil membuka blog dan update sedikit

Alhamdulillah
kalau la hari hari minggu exam,
confirm!
penuh masjid solat berjemaah
bagi aku itu adalah perkara yang baik
walaupun time exam je penuh masjid
tapi nampak juga kesedaran untuk kita berserah dan berdoa kepada Allah

itu baru hal solat jemaah

ini pula hal study 'group' dua orang je
mungkin ramai yang study dengan rakan yang berlainan jantina
ia adalah perkara yang bagus
boleh bertukar tukar fikiran
fikiran manusia lain lain
tapi takkan dengan rakan sejantina tak boleh tukar tukar fikiran??
aiseyyy~

tak elok la bro..
setiap masa berkepit

sory aku update entri yang mungkin menyakitkan hati
tapi aku rasa semakin hari semakin romantik matrik ni
mungkin hak kebebasan masing masing
tapi berpada pada lah

perlukan doa dari kamu kamu yang sedang membaca agar aku dipermudahkan dengan segala urusan dunia mahupun akhirat





aku biasa biasa saja

13 April 2012


kuatnya kita kalau kita boleh

angkat dumbbel dekat gymm
lari 20 pusingan padang tanpa henti
menyelam dalam air 1 jam
jadi gangster sekolah


tetapi


lemahnya kita kalau kita

tidak boleh bangun subuh dan solat subuh berjemaah di masjid




Sabda Rasulullah SAW ” sesungguhnya dua solat iaitu isyak dan subuh adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yana ada dalam solat subuh dan isyak maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” 
[HR Ahmad dan An-Nasa’i]

petanda

07 April 2012

kadang kadang Allah telah beri petanda ataupetunjuk untuk kita melakukan sesuatu 

dan mungkin petunjuk itu untuk kebaikan kita

dan aku telah diberi petunjuk (mungkin)
untuk aku berubah
untuk aku usaha

petunjuknya ialah test Chemistry dan Physics aku rendah
dan aku ada masa lagi seminggu untuk pulun semua tajuk


aku perlukan sokongan
kalau sudi doakan aku untuk berjaya di dunia dan akhirat
insyaallah