candid photo contest!!

28 December 2009




haha..
hmwrk lg suku lg..
arinie lps wat hmwrk..
chat kjap..
ade senior ni britau ade contest..
ape lagi??
msuk la..
ni je la hobi aku..


ni la contest dia..
ramai yg masuk kot..
hampir 100 lebih kot yg masuk..



gmbr ni di snap mse wedding abg aku..
tgh berbincang ngan mak ude..
hahaha..


tired

25 December 2009



bru balik dari easy math
byk yg aku blaja cara baru
pandai betul cikgu ishak
aku tabik kat dia
dia buat cara baru nk wat add math
yg penting aku penat

layang-layang putus tali

20 December 2009

Aduyai

boring kat rumah
akk ajak jalan
sambil hantar abg kat bastand kluang
jalan sampai bp mall
esk pg rumah rafiq 1 malam
pastu pg smkajb
easy math
kemas baju
aku tulis macam ni sbb malas nk tulis panjang
masuk contest photography
:))

contest black and white photography

huahuahua
kebosanan telah melanda
disebabkan aku bosan
aku join this contest
tpi aku tak reti nk edit gmbr hitam putih
cmne nie???
ni poster contest ni






ni je yg aku dapat buat
cm tak lawa je
aku try je
tak de kje
sila klik sini untuk tgk contest nie

Awal Muharam 1431

17 December 2009

Tirai 1430 hijrah telah berlabuh sebentar tadi dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun.Sebelum masuk waktu maghrib tadi,Abang sulong aku telah membaca doa akhir tahun dan membaca doa awal tahun selepas maghrib

dalam diam tak diam kita da masuk tahun baru.kena pulak dengan bulan disember..pendek kata..sambutan tahun baru lah.ermm..lepas ni boleh la aku sambut besday dalam kalender hijrah..8 Rabiul akhir 1414 hijrah..

tahun baru

16 December 2009

esk da msuk tahun baru
da nk msuk 1431 hijrah
rase mcm sekejap je da setahun
mcm byk je yg blom diselesaikan lagi

KhairunCraft~Giveaway

15 December 2009

huahuahua
ni nk promote blog akk aku
she make giveaway for her craft
dia bru je buat publish blog dia arinie
tpi da ramai yg join giveaway dia




Hadiahnya ialah Car Signage..bukan gambar-gambar yang kat atas tu ye..hehe

Contoh car signage, please refer entry sebelum nih..
Hadiah untuk dua orang je..Sape la yang bertuah tu kan..
Tamat giveaway ni 31 January 2010..
Saje bagi masa lama sikit..



Step yang perlu :


1) Jadi follower khairuncraft


2) Link kan blog saya dalam blog list korang..


3) Buat satu post dalam blog korang tentang  giveaway ni..jangan lupa letak pic atas tu sekali..then, letak link http://khairuncraft.blogspot.com/2009/12/first-giveway-khairunkraf.html
kat post tu ye..


4) Copy pic kat atas tu, dan letak jugak kat side bar blog korang..biasa orang guna html kan..ni kira korang add image la kat ruang "Add a Gadjet" yg edit layout tu..


5) Tinggalkan comment kat post ni, link yang korang dah buat post pasal giveaway ni..


-sekali dengan word yang nak letak kat car signage tu (MAX 3 WORDS, tapi jangan panjang sangat tau..nanti jadik kecik plak tulisannya)


-request warna sekali ye (colour available : pink, yellow, orange, red, purple)

kambin mengaum..singa mengembek..

13 December 2009

smlm jln ngan member
tgk santau
men boling
mkn rfc
syahmi ngan amol tdo rumah
akk tak ade
msk nasi goreng
nasi goreng sedap
:)

~npe tajuk xde kne mengene

tenang :)

07 December 2009


dapat duit(KPMNJ bg..bru nk bg..)

Rafiq ajk pg easy add math kat smkajb

tak ade tuisyen arinie

pg Agro Bank(amik duit)

mak ngan abah bile nk balik

:)

huahua :)



arinie pg tuisyen tpi ngantok
borin duk rumah
aku da jdi giler
mls mcm kambin
monyet kat blakang rumah sengal
:)

rembat..

03 December 2009


haha..arini aku telah merembat gambar sidang redaksi 2009(copy je pon).actually aku ade je gmbr 2 tpi hilang mane entah.so aku copy la gmbr sidang.gmbr tu pon aku amik dari myspace atira.dia pon just scan je..dia scan pon sbb xde copy dlm komputer..da la aku copy tak bitau dia pon.hehhe..esk aku bitau dia la..gmbr ni di snap slps abis siap pengambaran..hehe..gmbr mungkin tak jelas..

huiii

02 December 2009

baru siap kje
penat weyh
esk start tuisyen
kpale penin
tak ade mood
ujian dari tuhan

perkatan BYE

29 November 2009

hari ini aku ade terbaca 1 article tentang perkatan BYE.

perkataan BYE merupakan jarum sulit orang kristian..dalam bahasa arab bermaksud 'fil hafzil baba' manakala dalam bahasa melayu plak dibwh naungan pope(paderi)..sebaiknyer kte gunalah perkataan yang lebih sesuai dan perkataan yang telah diharuskan oleh syara' iaitu 'Assalamualaikum' kerana apa yang telah diwariskan oleh junjungan Nabi Muhammad kepada kita telah sudah lengkap..kita perlu amik yang baik dan tinggalkan yang buruk..bkan ape,kita mesti belajar daripada kesilapan..

Aurat Dari Perspektif Fizik

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat.

Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.











Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:


wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah

wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat

wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.



Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.



Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.



Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.



Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?



Pembolehubah dimalarkan

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama. tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).



Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.


Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.



2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian. 3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.


4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:



Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik

Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut lutut serta paha sewaktu bersukan


Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.



2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.



4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.


Kesimpulan

Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha



Oleh itu, hipotesis diterima.
sumber:http//microvise.blogspot.com

Doa

24 November 2009

Bismillahirrahamannirrahim

Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami,
berikanlah kami keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pd thun 2010,
tentukanlah sebaik2 kesudahan kepada kami..amin

doa ni aku dpt dari membe aku..dia send mesej dan sruh aku sebarkan..
insyaalllah kita mengharapkan kesudahan yang baik

tournament futsal jking '09

22 November 2009

tempat:reble sport indoor
tarikh :22 november 2009

Dak Segamat FC

manager:ijat,haziq
gol keeper:arep,khai
striker:syarip,zabi
half:amri,anwar
defend:rafiq,zahir



Scorpion vs Dak Segamat 0-6
infra sport vs Dak Segamat 4-1

impro vs Dak Segamat 2-1 (2nd round
)








































last day

20 November 2009

arini last day kat skula..cam thun lps aku balik rumah awl tak mcm thun ni..skula sampai hari last cuti skula..rsa cam syg je nk tggl kan skula..





hurm..exam bru je abis..result pon tak lepas target..nasib2..dapat 4a je..hurm..target tak mengena la..nasib2..dapat no 38 dalam batch termasuk aliran sastera skali..klau ikut kelas sains dapat la..dalam 20 lebih..




esk ari sabtu ade tournament futsal kat kluang...ni pon dpt brite dari membe yang da pindh sbp..dia ajak masuk..pe la gi join arr..yuran rm 120..mng rm 1000..ni pon just nk test power je...harap2 menang la...

aduyai...

07 November 2009







exam..exam..not bad la..boleh jawab la.yang penting dapat pe yg aku target..only 5a's..but i must get it..tapi ade 1 problm la...time smangat nk exam ni.tibe2 ustzh boleh bg extra duty for sidang redaksi..dia cakap.pengetua suruh tambah memoria utk magazine..ape lagi..kne wat larr..nasib baik la..minggu ni balik rumah..balik rumah sebab parent nak pg haji selase ni..so aku amik exam lmbat arr..huhu..but a few days..kne wat dlu la kje yg ustazah bagi..pas2 bru leh study..subjek yang kne amik lambt physics ppr 3..chemistry..and add math..esk da boleh mula la..kje bru siap ni..ni pon stay up..kalau tak mesti x siap..hasil kali ni kurang skit kot..wat ala kadar je..tapi wat lain skit je drpd sblm ni...jus tambah tack kat title of the event..

bosan__boring :(

18 October 2009



malam ni aku bosan and sungguh boring.tdi lps mentelaah ilmu yang tak seberapa banyak,aku wat la benda yang boleh menghilangkan boring iaitu edit some picture.mase belek2 gmbr kat fb..tetibe cam rse nk edit je..tak de la lawa mne pon..ala basic je pon..gmbr ni mse raye kat bp..raye kjap je..jln je lebih..mlm 2 main futsal lar..yang penting skali team aku menang..lagi 1 aku jadi keeper tak penah bolos.hahaha..skrg ngan prepare fr final exam..wish me luck k:)

AL FATIHAH_kita perlu ambil tahu

16 October 2009




***Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan


1] DU-LI-LAH (bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya DU-LIL-LAH


2] HIR-ROB (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya HI-ROB


3] KIY-YAU (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KI-YAU


4] KAN-NAK (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAK


5] KAN-NAS (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAS


6] I-YA (disebut tanpa sabdu) sebetulnya IY-YA. Iya bermaksud ‘matahari’Dalam ayat ke 5, Jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!


7] SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.


8] AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


Pernah dengar tentang perkara ini? Sekitar 2-3 tahun lepas (atau lebih) , e-mail atau maklumat ini berlegar-legar di ruangan maya. Ada yang percaya, ada yang tidak. Ada yang terima terus, ada yang tapis selapis, ada yang tapis 2 lapis dan ada yang sampai 7 kali tapis..


Dr. Amran Kasimin juga diajukan dengan persoalan ini menerusi Mingguan Malaysia 16 Julai 2006. Sila rujuk di sini . Pada pandangan beliau, ia adalah perkara ranting, masalah kecil fiqah yang tidak sepenting masalah perpaduan umat. Itu pandangan beliau. Bagaimana dengan pandangan lain?Sekadar berkongsi ye kawan2, terpulang pada anda untuk menilai..



weding zulfadhli

10 October 2009





























hari ni sabtu..abg aku yang ke 6 telah berkahwin.dia nikah semalam hari jumaat.pagi2 jumaat da nikah.aku tak dapat tgk dia nikah la sebab aku belum balik sekolah.tapi hari ini aku dapat tgk dia kawin.aku jadi tukang snap gmbr.patutnyer abg aku lagi 1 yang kene snap,tapi dia malas.dia suruh aku snap.tak pe lar.buat je ape yang mampu.macam biase bertolak lepas zuhur.kene pakai baju melayu la.setelah tiba di rumah kak dayah,kne tggu pengantin bersiap.ramai jugak photographer yang dtg.maklum la ramai membe photographer la kte kan.lepas pengatin siap bersolek para pemukul kompang sudah bersedia untuk berkompang.mule la tugas aku kedepan kebelakang amik angle.tak dapat2 angle yang lawa.hurm.geram gak arr.aku snap sume tak menjadi.snap gmbr pengatin mesti ade slack.pengatin tgk bawah la.sorang tgk sorg lg tak tgk plak.sudah.lepas majlis selesai,balik la rumah penat seyh.



selamat pengantin baru moga kekal hingga hari akhirat.

cuti last..

26 September 2009

hari ini hari last untuk cuti.so pasni kne blaja btol2.final exam lebih kurang 3 minggu lagi.tak de persediaan langsung.macam mne la nantikan.kne la usaha pas2 doa banyak2 dan tawakal.tu yang mampu buat.hari ini aku syed ayed ngan khai a.k.a takot bersiar di bandar kluang yang tak seberapa bandar la.kita orang pg klaung parade je.main boling..tgk movie..haha.aq menang la main boling..walaupun tak power mane lar.dapat 129 point...not bad la.hahah.tpi yang penting aku menang dgn syed ngan takot.hahah.pas 2 kitaorang pg mbo..tgk final destination..huh.aku da la jenis kecut perut lagi nak tgk citer 2..tapi bes arr..pas 2 kitorg g makan arr ape lg..perut da lapr...hahaha..melantak semua..pas 2 raye rumah ayed..pnt seyh..

my birthday

25 September 2009

hari ni 25 september 2009 genap aku hidup sebagai hamba Allah selama 16 tahun.lama gak aku hidup.macam skejap je.walaupun macam sekejap je tapi banyak ujian yang aku terima.banyak gak kenangan manis pahit masam masin kelat yang aku tempuhi.skarang ni aku dah 16 tahun,so kne labrubah..huhu..tahun depan spm.so kne brubah dari skrang kot..

malam tadi ramai gak la membe yang rapat2 ni wish.ingat gak korang ngan aku kan.siap ade wat post khas utk besday aku lagi.thanks aliya.besenye klu sesape yang besday dia waktu skula kne la baling telur atau simbah air.biasenye la..besday boy ni tak akan dapat nk sembunyi lar..memang kne punya malam 2.meriah 2.tahun lepas aku kena campak masuk dalam kolam asrama.huh!bau ikan.hahaha.klau ade warden lagi la memang kena ar.klu tak kne lari mst kne rotan.1 asrama tgk.tu la wat asrama macam bapak dia punya asrama.hahaha

5 syawal yang boleh mengembirakan

24 September 2009














































raye pertame kat rumah raye kdua pon kat rumah raye ke3 ngan ke 4 kat kampung raye ke 5 bersama rakan2 sperjuangan.hurm boleh tahan lar.mula2 dyorang mula dari segmat.para penunggang hendaklah berlesen.2 syarat nyer.huhu.pas 2 dyorang braye dirumah jugah a.k.a haziq di taman murni batu pahat.kemudian mereka meneruskan perjalanan disertakan jugah braye di rumah acap di parit raja.sejurus kemudian mereka telah tiba di rumahku.kedatangan mereka seperti di hutan seperti berok2.hahah.meriah betol rumah aku.kemudian perjalanan diteruskan dan aku join sekali la.pergi beraya di rumah munirah bte miswan.suke btol amri mse 2.ye la raye rumah buah hati.besar gak rumah moon.cam istana.anak orang kaye.igtkan raye rumah orng kaye ni dapat la duit raye lebih.tak dapat pon.tapi ktorang raya untuk menziarah dan merapatkan silaturrahim.rumah seterusnya dan terakhir ialah rumah buah hati zahir iaitu fatin nabiha a.k.a. zress.aku bru dua rumah dah penat naik moto dan yang paling penting makn banyak.

3 & 4 syawal yang bisa mengembirakan...

23 September 2009










wah..raye ke 2 duk rumah je.masuk raye ke 3 da mule beraya.1st blik rumah atok kat batu pahat.pagi 2 cam biase lar kemas2 nak blik kampung.lps 2 mase tgh bersiap ade plak orang datang..proses nak pulang ke kampung telah terbantut..lame lak 2 diorang singgah.tapi tak pe mak kate orang datang ziarah maknanya orang 2 membawa rezeki.lps tetamu pulang akhirnya kami bertolak dengan perasaan yang gembira untuk menemui atok di kampung.sampai2 je dah petang.nampaknye 1 rumah je la arini.lps ktorang pg rumah pak ngah.sampai2 je terus ke kandang kambing.huhu.mule2 takot gak nak pegang kambing..
esoknya..maknanya arini lar..pergi rumah mak ude pas 2 pg rumah sedare mak..penat beraya ni sampai ke petang aku tdo..kat rumah orang pon sempat tdo kjap.huhu..

2 syawal yang kurang mengembirakan...

21 September 2009

huh.da masuk raye kdua.tapi aku stay je kat rumah.tak pergi beraya pon.sebab atok ade kat rumah so kne lar tunggu orang datang melawat atok.ramai gak sedare mare datang rumah aku.tak putus2 tetamu datang rumah.raya tahun ni cam x seronok je macam tahun lepas.kawan2 aku semua beraya.aku je terperap kat rumah.siap kna layan dak kecik2 yang datang hanya mahukan duit raya semata mata.tadi ade budak pompuan rase cam da besar je tapi muke rilex je raye rumah orang nak mintak duit raya.

berita yang buruk ialah raya ni lar berat badan aku naik lagi.3 kilo 2.huhuhuhu.aku rase memang banyak maknpon aku.mana taknya,lepas tetamu balik je melantak.klu da 5 kali tetamu datang dah brape kali aku melantak.

1 syawal yang mengembirakan

20 September 2009