mulut

28 December 2012

banyak cakap, banyak salah.

kadang kadang aku ni banya kcakap.
kadang kadang aku ni pendiam.

selalu aku cakap kosong
selalu aku hanya tahu cakap tapi tak reti nak amalkan.selalu sangat.

kadang aku akan bercakap untuk ingatkan diri aku.tapi selalu aku lupa.
kadang aku selalu cakap untuk ingatkan orang lain.tapi aku sendiri yang lupa.

mulut nikmat tuhan yang sangat berharga.sangat berharga.
manusia sering lupa dengan kesenangan itu.

soalnya nikmat yang kita dapat, tak dapat kita guna dengan sebaiknya.
terlalu riang kita mencaci sana sini.mengumpat sana sini.menfitnah sana sini.

sangat jarang mulut ini mengeluarkan kata kata hikmah.mahupun kata kata ilmiah.jauh sekali

seribu kemaafan ku pinta dari kalian.sungguh aku telah melakukan banyak dosa dengan mulut ini.
Astagfirullah.

semoga yang membaca dapat manfaat.sedikit pun jadilah..

harap

saat ini penat memerah keringat otak untuk final akan datang.
kata orang, "jangan rasa pernah cukup dengan usaha dan doa".
minggu depan final.

manusia tak lari dari ujian.dunia mahupun akhirat.
dunia ini tempat ujian.akhirat tempat menerima balasan.

doakan untuk aku agar berjaya.

kata  abang PEMBINA.
"abid di malam hari,kuda tangkas di siang hari"

mahukan seperti itu.


diam

15 December 2012

.

aku terlalu takut 

apabila solat lewat ditunaikan tanpa rasa bersalah.
apabila tak reti nak bersyukur apa yang ada.
apabila Al Quran jarang dibaca apatah dibuka.
apabila mulut tak reti nak jaga.
apabila buat perbuatan sia-sia.
apabila suka membuang masa.
apabila suka buat orang marah.
apabila suka membazir

Astagfirullah.

sampai bila mahu berubah.
itulah persoalan yang aku timbulkan tiap kali tersedar.
tapi tiada tindakan.
hanya bebelan yang pasti diluahkan tanpa rasa bersalah

Astagfirullah

mencari ketenangan diri.

Allah sampaikan pesanan untuk aku tatkala aku baca sebuah coretan

"berubahlah kerana Allah bukan kerana manusia"



tak ada tajuk

12 December 2012

Sejujurnya, aku baru belajar cara hidup.
Aku baru belajar cara untuk mengebali orang.
Aku baru belajar cara untuk menyelesaikan masalah.
Ketika ini aku banyak menyusahkan orang.aku banyak sakitkan hati orang.sampai merosakkan silaturrahim.sampai merosakkn hubungan saudara seislam aku.

Bermula di twitter.
Aku akan tweet apa yang terlintas dalam fikiran aku.tak kira baik atau buruk.
Dan apabila tweet buruk keluar.ia akan menyakitakn hati semua orang.

Aku tak salah kan sesiapa.aku salahkan diri aku yang sentiasa tak fikir kalau nak tweet.

Hari ini.terbukti.salah aku.tweet aku.aku minta maaf.

Aku rasa aku perlu rendahkan ego aku.Memang sepatutnya aku rendah kan ego aku untuk minta maaf.sebab salah aku.

Selagi mana orang yang marah dekat aku tak maafkan aku.selagi tu juga jiwa aku tak tenang.

Kawan kawan.aku berharap agar kau buat aku tenang.di dunia dan akhirat.

Dengan rasa rendah diri, aku maafkan semua orang dalam dunia.

Aku tak mahu cari musuh.aku mahu cari kawan.aku tak mahu wujudkan perselisihan faham antara kita.


Jujur aku cakap.aku tak suka nak bash orang.

Semoga Allah merahmati kita semua.aku doakan semua kawan aku berjaya dunia dan akhirat.insyaallah