Alhamdulillah.ok.sambung untuk post seterusnya.kali ini aku kongsikan serba sedikit tentang ibadah umrah.Aku rasa sangat terkilan kalau aku stop cerita pasal pengalaman aku mengerjakan umrah.Aku perlu kongsi cerita ini sebab pengalaman ini sangat menakjubkan.wahh!!
ok aku ceritakan sedikit pasal umrah ini.Umrah ialah menziarahi Baitullah Al Haram dalam keadaan berihram mengerjakan tawaf, saie dan lain lain rukun serta wajibnya.
rukun pertama umrah ialah niat.Niat ini hendaklah dilakukan di luar tanah haram Mekah.dan terdapat beberapa tempat untuk kita berniat.Tempat untuk kita berniat di panggil Miqat.Gambar di atas ialah Bir Ali.Bir Ali ini paling dekat dengan madinah.So,kalau kita ziarah madinah dulu, kita perlu miqat di Bir Ali.Ketika berada di tempat miqat,kita perlu solat sunat ihram dan niat ihram.
Dan kita perlu ingat selepas kita niat ihram, kita ditegah untuk melakukan perkara yang diharamkan ketika berihram.Kalau kita buat juga perkara yang diharamkan itu kita kena buat dam.dam ialah denda.
selepas niat, kita perlu tawaf di kaabah.niat tawaf dan mulakan di garisan permulaan iaitu di hajar aswad.pastikan bahu kiri kita sentisa menghadap ke kaabah.Kita hendaklah tawaf kaabah sebanyak 7 pusingan dengan yakin.Biasanya kalau jemmah Malaysia ada buku gantung dekat leher.Dalam buku itu ada doa dan panduan melakukan umrah.Sangat mudah kalau kita refer buku itu.
selepas tawaf selesai, kita perlu melakukan saie.saie ini adalah berulang alik dari bukit Safa ke bukit Marwa.Kita perlu ulang alik sebanyak 7 kali dengan yakin.Kalau kita refer buku itu.setiap perjalanan ada doa.So, kita akan ingat berapa kali kita sudah ulang alik.Kiranya macam ini,perjalan pertama ada doa,perjalanan kedua pun ada doa dan seterusnya hingga perjalanan ke tujuh.Jadinya, kalau kita mahu elakkan lupa, kita refer je doa tu supaya kita dapat tau berapa perjalan kita.
ini adalah laluan untuk bekursi roda. |
selepas saie, kita perlu bercukur atau bergunting.Sekurang kurangnya 3 helai rambut.Kelihatan jemaah sedang bercukur di tepi pintu tu.gambarini diambil dari tingkat dua.Biasanya tingkat satu sangat ramai.Tingkat dua tak ramai sangat
gambar ini selepas tawaf.nampaknya aku suka pejam mata kalau amik gambar.haha
-Tahniah kepada Dr Muhamad Mursi sebagai Presiden republik Arab Mesir yang rasmi.
-berharap kebangkitan islam sedang bermula.
-Alhamdulillah
-mohon maaf entry yang tak berapa lengkap untuk menjadi panduan umrah.
2 komen:
aku pun sentiasa bawa buku panduan dan beg kecik tu masa buat umrah...
kan..
aku just refer buku tu..
sebelum ni aku tak pg pon kursus umrah..
Post a Comment