hanya angan angan

31 December 2011

Assalamualaikum
1 Januari 2012
Alhamdulillah dah masuk tahun baru..yeah!
Rasa macam semalam aku masuk tadika..haha
Azam tahun?
Azam tahun ni nak jadi budak baik..tu je
Malas nak buat senarai banyak2 takut tak terlaksana pulak
Azam tahun ni susah..
Susah jugak nak jadi budak baik..
Macam macam perlu baiki
Akhlak aku,ibadat aku,pergaulan aku dan banyak lagi
Doakan yang terbaik untuk aku

-untuk sesiapa yang buat list azam tahun ni,anda perlu ingat azam anda..jangan just tulis dekat blog je..mungkin hari ini ingat lagi..bagaimana pula dengan 5 bulan kemudian? adakah kita ingat lagi azam kita?
-let say azam kita ada 20 azam untuk 2012 ni.apa salahnya kita tulis kat kertas lepas tu kita tampal kat loker ke kat meja ke.at least hari hari kita tengok azam kita.kita ingat azam kita.dan kita mesti kena usaha untuk merealisasikan azam kita.*amboi...haha

-Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk aku.segala galanya


aku dah jumpa

25 December 2011

ok
Assalamualaikum
tadi aku in youtube
dan aku telah jumpa yang aku cari selama ini
patut la aku malas je


online sampai pagi
study sampai pagi
pukul 4 telah dihasut untuk tidur
lepas tu bagun pukul 8
sampai terlepas subuh
hampeh giler

aku dah tahu puncanya dimana
aku dah tahu sebabnya apa
penyelesainnya?
aku tak jumpa
bantulah aku
tolonglah aku
                        

sentap kau !!

15 December 2011

sakit kepala sebab kirchhoff's law

susah soalan bukan main
sampai azan pun tak perasan
dek syaitan jahanam
target aku sempurna kerja baru solat
suddenly lagu ni keluar

"Tunggu sebentar
Solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajipanmu
Sembahyang fardhu di awal waktu
Ikut sunnah Rasulillah"

terasa terpukul diri ini
rasa kena perli je
dan-dan je keluar lagu ni
tanpa lengah terus solat asar
tanpa di duga kerja aku siap lebih awal
Alhamdulillah

-lagu di atas lagu iwan-solatlah dulu
-try la dengar
-buat lagu ni mesti besar pahalanya
-gunakanlah bakat anda untuk agama Allah 
-bagus ikim.fm keluarkan lagu time ni lepas azan asar
-lagi bagus kalau semua stesen radio buat macam tu..tak rugi pun





oh yeah

08 December 2011

harap bukan istidraj
walau tak seberapa
syukur yang utama
bukan senang bagi aku
penat lelah di balas
aku buka golongan pandai
bodoh ada la
perjuangan baru 1 peratus
sakitnye 86 peratus
adoi sakitnye
#Alahamdulillah




terpikat 3 =)

27 November 2011

oh yeahhhh
yang ke -3

sebelum tu
Assalamualaikum
sihat?
Alhamdulillah aku sihat
ok..aku tanya aku jawab..style!

macam biasalah..kalau tajuk pon 'terpikat' mesti intro dia aku jadi driver akak aku..yang ni pulak pergi batu pahat..singgah BP Mall quite boring jugak...disebabkan aku pergi pon dengan akak aku..subjek utama adalah popular books store.tapi popular yang dekat BP Mall ni kecil...tak banyak buku..pada awalnya aku dah ada niat nak beli buku bogel menuju tuhan(BMT) tapi boleh buku tu tak ada.peh.menyesal aku tak beli dulu..aku terus cari buku lain..apa yang aku jumpa? aku jumpa buku tajuk dia Travelog Wartawan islam karangan Roslan Hamid.

aku terpikat sebab tajuk dia Travelog.biasanya travelog ni kisah benar.dan aku rasa kalau kisah benar tentunya isi kandungannya sungguh menarik.sebab pengalaman kan.dan aku suka sebab travelog ini berdasarkan alam perkerjaan.biasanya kita akan jumpa novel atau buku cerita tentang di alam persekolahan.sebelum ini aku ada jugak baca Denyut Kasih Medik tulisan Dr. farhan Hadi.sebenarnya aku start suka baca buku sejak aku baca buku denyut kasih medik.cerita pengalaman seorang doktor muslim.Banyak menyentuh Fiqh dalam kehidupan seharian yang kadang kadang kita terlepas pandang.

mungkin lepas ni banyak lagi penulis boleh buat pasal dakwah dalam kerjayanya..konfirm aku beli..haha..
setakat ni baru jumpa doktor dan wartawan..belum jumpa lagi photographer engineer arkitek mekanik pemain bola sepak..eh tapi aku penah baca tentang pemain badminton..hahaha...justeru impian di jaring tulisan cikgu Bahasa Arab aku time form 1 dengan form 4..(final exam form 4 aku dapat A dalam bahasa Arab)<---(opss)karangan Zaid Akhtar
                              .

-ok..da habes mengarut
-result da nak keluar
-aku suka makan crunchie..
-takziah Malaysia
-nanti kalau game Malaysia pukul 8.45,sembahyang Isyak dulu ea
-jangan nak hina negara orang
-jangan hina guru kita
-blog aku macam dah tak ada matlamat
-lepas ni aku akan baiki apa yang lemah




-jika tidak mampu menyokong ketika kalah,jangan bersorak ketika menang(lah tube)

hidup hidup

17 November 2011

Jumaat 18 November 2011

aku akan pulang ke KMJ

Sabtu 19 November 2011
MUET listening-reading-writing

Jauh lagi rupanya
perjalananku
baru 18 tahun

Rasulullah sudah bahagikan hidupnya
1/3 untuk ummah,1/3 untuk keluarga dan 1/3 untuk dirinya

aku?
hanya untuk diri sendiri
kedekut!
selfish!

-maafkan aku
-teruskan usaha contohi Rasulullah
-kuatkan semangat
-aku biasanya cakap lebat..buatnyer tak
-Assalamualaikum

kita


Tuhan cuma menulis tapi kita yang melakonkan
jangan jadi pelakon dungu sudah =)

ini baru betul

16 November 2011


"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal- Surah al-Baqarah Ayat 44."




“Pada malam Isra’ Mi’raj, aku melewati suatu kaum yang bibir mereka digunting dengan gunting dari api Neraka. Aku bertanya: ‘Siapakah mereka?’ Mereka (Jibril dan para Malaikat) menjawab: ‘Para khatib (tukang khuthbah) dari ummatmu di dunia. Mereka menyuruh manusia untuk melakukan kebaikan, namun mereka melupakan dirinya sendiri. Tidakkah mereka berpikir?’” (HR. Ahmad)


-prepare diri
-walaupon kita bukan sempurna
-nak bibir kita di gunting dengan gunting neraka??
-muhasabah diri
-kadang aku pon lepas cakap tanpa lihat diri aku sendiri
-Insyaallah kita bantu agama Allah,Allah bantu kita

teringat =)


Assalamualaikum
sihat? hmm mesti la sihat kot..kalau tak tak kan la dapat online usha2 blog kan...sebenarnya aku tak ada apa sangat nak update blog.tapi tetibe rasa nak update.sebenarya tadi masa on facebook tetibe ada senior SMKAS post something.sebenarnya aku tak jumpa pon beliau masa dekat sekolah dulu.dia dah lama keluar SMKAS baru aku masuk kot..sebenarnya aku kenal dia masa join workshop photography saluddin ismail.nak tau dia post apa kat facebook? dia post video lagu qatrunnada.tetibe aku teringat masa aku didengarkan dengan lagu tu oleh abang sufi.masa tu dia exco dakwah.semangatnya dia siap bagi lirik.uhh..lagu  tu best.boleh insaf dengar.




haaa..ni 1st time aku dengar lagu ni masa masuk SMKAS.biasanya lagu ni nyanyi lepas solat.mula mula aku pelik jugak kenapa nyanyi lagu ni tadah tangan berdoa.lepas hayati lirik dia baru aku faham.lepastu tiap tiap hari aku harapkan imam nyanyi bila abes solat.tapi hari semakin hari lagu atau doa ni semakin dilupakan.masa form 1 selalu dengar.masa form 2 kerap kerap kalai dengar..form 3 enth tak ingat...haha..form 4 sekali dua je .form 5?? aku dengar kat youtube jee..hoho...tapi korang dengalah lagu..insyaallah terpikat..haha



k..yang ni pulak lagu syababul islam..aku tak tau bila 1st time aku dengar...tak silap aku masa form 1 jugak kot..sebab tetibe aku dah hafal..haha..biasa lagu ni nyanyi time ade pelancaran bulan bahasa arab...dengan lagu nie....biladi...maskotu roksi..yeje aku ni..aku dah lupee...haha




ni pon lagu favourite time sekolah menengah...sangat cool..


-banyak sebenarnya lagu lagu zaman sekolah...banyak aku dah lupa
-ngantok pulak update malam malam...
-aku rindu zaman sekolah
-aku rindu SMKAS walaupon aku bukan la banyak jasa pon dengan sekolah
-dah nak balik matrik
-result PSPM pon da nak keluar
-
-

terpikat 2 =)

12 November 2011

yeah siri kedua pulak..
eh..sebelum tu

Assalamualaikum.
sihat? Alhamdulillah sihat hendakNya.kalau tak sihat mungkin kita sedang diuji =)

hari ini aku jadi seorang driver (macam same je dengan entry yg bawah nie.cube scroll bawah skit.nampakan.beria pulak) pergi ke seremban.sebenarnya just teman akak aku pergi belajar buat kek.jauhkan?
aku drive masa nak balik je.malam pulak tu tambahan hujan.memang slow la aku drive tadi.

masa akak aku belajar buat kek aku telah melepak lepak di jusco seremban seorang diri.huh boring.habes satu jusco aku pusing.aku tengok wayang.tengok gelagat manusia.tengok itu.tengok ini.

time jalan jalan nampak buku popular.yeah.ingat nak cari buku bogel menuju tuhan.bukan nak beli.tapi nak sambung bace.malangnya tak jumpa.tengok tengok jumpa la buku Mustafa Kamal Atartuk penegak agenda yahudi karangan Abdul Latip Talib.sebenarnya dah lama aku nak cari buku tajuk nie.tapi semua buku yang aku jumpa tebal giler serta dipenuhi dengan fakta.aku bukan la yang suka baca buku sangat.so tak berapa nak minat sangatlah.sejak form 1 lagi aku nak cari sangat pasal cerita si penegak agenda yahudi ni.dulu masa dalam usrah abg ateh.dia cerita sikit je dan tak berapa jelas sangat

sumber gambar google

sebelum ni aku ada jugak beli buku karangan Abdul Latip Talib ni.buku Imam hanafi pendebat kebenaran.aku lebih tertarik dengan hasil karangan beliau sebab isi kandungannya lebih kurang cerita or novel.aku rasa itu lebih menarik minat aku kot.

-cintai Allah
-muet da nak dekat
-best jalan jalan
-eh..mesti pelik aku tetibe suke membaca
-membaca jambatan ilmu..ceh..teros je
-sejak masuk matrik aku tak pernah baca bahan ilmiah yang berasaskan kerohanian.semua
 pasa sains.masa dekat sekolah ada la jugak pinjam solusi amol.hehe
-doa yang terbaik untuk aku dan kawan kawan aku.

terpikat =)

09 November 2011

Assalamualaikum
sihat? Insyaallah sihat kehendakNya

hari ini aku jadi seorang driver rumah ke kluang (Sekolah Sains Johor) gara gara hantar akak.sementara tunggun seminar akak habes.aku membuang masa ke kluang mall.niat dihati nak ke popular tapi hati lebih tertarik ke Big cinema mononton Tower heist.cerita yang cukup simple dan menarik.Movie habes 3.30ptg.akak pula mesej tunggu di popular.sampai di popular akak pulak tak ada.hmm.sementara tu pusing pusing tengok buku.ditakdirkan aku terberhenti didepan buku yang cukup menarik.sebenarnya buku tu sudah lama keluar.aku cuma tak ambil peduli je.mesti korang semua sudah tau.bogel menuju tuhan.zahiril adzim.siapa tak kenal?terus tarik buku sambil membelek belek.tengok sajak je memanjang.tak sedar ada catatan ringkas.sorry to say.aku tak suka sajak.hehe.bab bab bahasa memang aku lemah.Result SPM.BAHASA MELAYU B+.masa dekat sekolah dulu kalau ada program nearmiss bahasa melayu aku la mukanya.haha.

tapi aku baca sajak(sajak ke? yekot) best!.dalam otak aku.tadi bawak RM50.bateri jam tangan RM25.huhh.kenapa la jam ni guna dua bateri.hmm.tak cukup?harga buku RM30.belek belek lagi. ada tulis

"Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.


Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga"



sumber gambar:blog zahiril
haa..dia kata ada dalam blog.lepastu ada nampak url blog dia http://zahiriladzim.blogspot.com/.hmm..tak apa lah.tengok blog pon okay.ada je ATM dekat bawah tu.haha.kedekot !.balik rumah teros bukak blog dia.kagum! best! banyak! belom habes meneroka cerita beliau.tapi ada yang dalam buku tu tak ada dalam blog.sedih sekejap.tapi dapat jugak sesuatu dari blog beliau 

-aku bukan yang suka sastera.
-karangan aku masa sekolah semua ayat biasa.takde ayat yang bes
-tujuan aku buat blog pada asalnya nak memahirkan bahasa aku.kurang berjaya
-minta maaf cikgu bahasa melayu(ceh..tetibe)
-buat sesuatu kerana Allah bukan harap perhatianorang..aku pegang
-berubah sedikit demi sedikit serta istiqomah.

Hijab =)

07 November 2011

comel laa..
Wearing hijab without imaan (faith) is like eating food without taste; it fills you, but it never fulfills 

you."

Hijaab with layers of makeup, is NOT hijaab. 

Hijaab with tight clothes on is

NOT hijaab.

Hijaab with a bad attitude is NOT hijaab.

For beautiful eyes, look at fitna-free stuff.

For a beautiful face,stay natural.


For a beautiful attitude,stay away from bad deeds.


For a beautiful look, wear the uniform that Allah gave you.


For beautiful lips, speak the words of Allah.


"THAT is hijaab"



sumber gambar:google


-cuti 2 minggu je
-guna cuti dengan sebaiknyer
-doakan saya dapat 4flat
-masih blurr lagi
-tak cukup amal lagi



wordless wednesday #1 study week + PSPM 1

26 October 2011



PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI 1
28 Oktober 2011-3 November 2011
Kolej Matrikulasi Johor


-kejapnyer da abes semester...
-masa ibarat pedang,jika kita tidak memotongnya dia
akan memotong kita
-aku akan berusaha sedaya upaya
-doakan dapat 4flat..insyaallah

kita bukan sempurna =)

25 October 2011




Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung."
"Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan semalam, dia adalah orang yang rugi."
"Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t."



-kita bukan sempurna
-tapi berusaha menjadi lebih sempurna
-sabar menghadapi ujian yang diberikan
-sentiasa mendekatkan diri kepada Allah
-jangan kufur nikmat
-chill je..baru bes..

berjayakah kita ??

16 September 2011



walaupon ramadhan dah lepas tapi saje nak tunjuk

KITA DI MALAYSIA ????

lambat sangat dah nie

10 September 2011

Assalamualaikum
ok hari ini 10 september..
nampaknya dah la tak berupdate blog nie..dah brape bulan tak berupdate..haha..
hari ini aku nak cerita pasal raya yang lepas..raya sama je tiap tahun..tak ada yang berubah pon..cuma raya tahun ini tak ada kamera..haha..kamera dah jual..tinggal nak cukupkan duit..angkat kamera baru..yeah...proses penjimatan duit dimatrik berjalan dengan lancar sekali...hahaha...sebenarnya aku malas nak cerita pasal raya..just nak tayang gambar jee..






             
















k..settle pasal raya..
hampir lagi 5 minggu nak final untuk semester 1..huh! silibus tak habes lagi...5 minggu lagi fizik lagi 6 chapter lagi belom habes...nampaknya ni la pressure untuk budak matrik kot..tapi hidup kne relax jee...susun strategi..da boleh start ulangkaji tiap malam..rasa memang tak sempat nak ulangkaji..yelah..nak buat assigment lagi..nak buat tutorial lagi..erkk..terasa la skit pressure..ok2 habes sudah cerita...wish me luck for final..

-kita tolong agama Allah..Allah tolong kita
-3.3
-selamat hari raya
-ucapan untuk budak pergi oversea----''belajar betol betol kat tempat orang..bukan senang dapat peluang macam ini..gunakan peluang ni untuk bangunkan negara bangsa dan khususnya agama kita(islam)..''belajar lah walau sampai ke negeri cina"...doa selamat sampai dan selamat disana dan pulang membawa keyajaan..wahhh..''(untuk izzat,hanif,atyra azhar,mariatul,aku(hahhaa..perasan..zaman ble enth nak pg,dan ramai lg..lupe laaa))
-kita tengok diri kita baru boleh nak tunding jari kat orang lain..
-Alhamdulillah
-gambar by iphone..(tak lawa pon)

template orennn

23 August 2011

Assalamualaikum

sehari suntuk aku telah menghadap latop ni untuk buat template baru..Alhamdulillah dengan berkat kesabaran aku dapat gak aku siap kan template baru yang tak berapa nak lawa sangat la..Aku pon pelik sebenarnya..tetibe je teros nak tukar..aku terfikir dan teros aku buat tanpa memikirkan kalau tak jadi macam mana?? aku buat main redah je..Alhamdullilah jadi jugak..dengan pertolongan kak bella(blog dia superb!) dapat la aku tau skit sikit pasal html code..bkn sng nak ingat..aku akan simpan msj beliau untuk buat rujukan dimasa akan datang

sebenarnya aku diberi masa cuti selama 2 minggu..seminggun sebelom raya dan bebrapa hari selepas raya..so..biasalah matrik kan..assigment mesti menggunung...so aku spend 2 hari untuk relaks..maksud 2 hari tu aku siapkan blog nie la..1 hari buat rujukan..cari inspirasi bagai..haha..dan 1 hari lagi mengedit blog..mungkin hasilnya tak berapa nak bes sangat kan..yela..balik balik rumah je teros buat blog..aku pon dah lupa banyak pasal blog nie..Insyaallah blog ni akan di ubah lebih baik sikit lagi..tapi buat sementara ini..ni jelah hasilnya...

mula mula aku dah buat gamabran dulu..takot melalot nati...maksudnya aku da tau na buat macam mana...ni pon idea tetibe datang..walaupon idea tak de la gempak sangat tapi aku rasa puas sebab idea aku sendiri..

untuk header..aku tak ada idea langsung..aku main buat je..tu je lah hasilnya...macam makin buruk je..haha..dan aku telah naik kan shoutbox tu ke header...bukan mudah nak setting biar masuk dalam kotak tu..setting shoutbox supaya masuk dalam kotak amik masa dekat sejam..huh..lambat giler aku buat..internet laju pon amik masa lama..kalau line internet nie slow...lagi la...memang tak akan jadi macam ni pon...sebab aku akan fedupp...haha...

untuk link kat tepi tu..mula mula aku nak ltk kan atas post body..tapi jadik plak..teros aku letak kat tepi..nak buat gambar untuk link pon ambil masa yang lama sebab tetibe laptop ni lembab..so photoshop pon macam haram...tapi kalau letak tepi tu pon ok kan..


haa..terlupe..sebab apa aku buat warna oren? sebab oren nampak ceria..yeje...haha..sebenarnya aku pon tak tau kenapa aku pilih warna oren..mula mula aku nak buat warna biru turquoise(betol ke eja camtu..nanti salah lagi)..tapi takot tersama dengan orang lain pulak..hehe...teros aku pilih warna oren..tempoh masa aku buat blog ni agak agak berapa minit? mula lepas zuhur..siapnya lepas buka..haha..lamakan? sebab aku tak reti pon buat blog nie..kne buat rujukan balik..tu yang lambat tuu..

-Alhamdulillah
-nanti kalau da boring tuka lagi..
-bagi la komen sikit

ramadhan

20 August 2011

Assalamualaikum

sedar tak sedar,masa yang sentiasa bergerak tanpa menunggu kita,sudah masuk fasa ke 3 dalam bulan ramadhan.hampir 20 hari aku berpuasa kat kolej matrikulasi johor(kmj laa)..puasa kat kmj dengan puasa kat sekolah memang jauh berbeza.ok aku start bercerita.Kalau dekat sekolah dulu..sahur je mesti makan kat dewan makan..dapat makanan berat sikit..tapi kalau kat kmj..huh!..roti keping keping je hidangan sahur...boleh je kalau nak makan berat sikt..tapi kena la turun cafe...malas menguasai diri...bole je nak makan kat cafe..tapi jimat punya pasal...roti pon ok je...lepas tu kalau berbuka kat sekolah..amik je makanan kat dewan makan..cuma kena beratur laa...tapi kalau kat kmj..kene turun bazar yg kecil tu untuk beli makanan..kita boleh nk pilih pilih makanan...so nak makan apa apa pon bolee...haha..tapi disebabkan jimat makan nasi ngan  lauk pon da ok..haha..tak perlu kot nak beli kuih bagai..

tadi aku citer pasal makan...sekarang nak cter pasal ape ek..hurmm..suasana ramadhan...kalau kat sekolah..nak baca Al quran 1hari 1 juzuk pon takde masalah...nak khatam Al quran masa bulan puasa tak akan jadi masalh...ada je masa untuk baca Al quran..sejak masuk kmj ni...nak habiskan 1 juzuk 1 hari pon sangat susah...aku rasa masa tak ada la padat sangat..tapi cuma tak ada suasana macam kat sekolah..Ya Allah..rindunya time kat sekolah dulu...lagi satu..kalau kat eskolah dulu..wajib turun surau untuk solat berjemaah..tapi sekarang ikut suka hati nak turun ke tak nak..baru la aku rasa peraturan boleh mendidik kita..teringat kalau senior senior datang sekolah...mesti diorang akan cakap...''korang kat sekolah ni..buat la apa yang ustaz ustazah suruh...turun surau..solat jemaah..baca Al Quran...nanti dah keluar sekolah korang susah nak buat ni semua..terawih di kmj? berapa kali je aku turun masjid nak solat terawih...pemalasnyer aku..hanya mampu dibilik je...nasib baik ada member nak berjemaah dibilik...apela aku nie..

khatam Al Quran

dengar ceramah

buka puasa


-besnyer bulan Ramadhan kat skulah
-besnyer masa kat skulah
-perli berdikari
-sudah masuk 10 hari terakhir
-simbar gambar blog skulah

aku

06 August 2011

Aku hanya mampu berdoa 


tak ada hasil !!!!!!

Kata pepatah Arab 
"Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah"

terkejut terkesima terperanjat apabila nampak sesuatu yang pelik dan mungkin mustahil untuk berlaku.
dulu aku sibuk huha huha pasal junior aku
hari ini terkena plak kt ..... ...
double malu wei.

igtlah...
kita sudah meningkat dewasa
mungkin ilmu kita tak cukup
tapi kita ada ilmu
dan ilmu perlu diamalkan
tak ada niat nak mengaibkan

kau berubah aku gembira

love Typography





alamak! aku sudah berkenan dengan typography...sgt cantik...
susunan yang creatif memerlukan idea yang terbaik!
hahah...
salam ramadhan

Tambah amal ; suci hati

05 August 2011

The Prophet Mohammad Said :
"Allah does not look at your body and face; rather he looks at your heart"


saudara

30 July 2011

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" 
(Surah al-Hujuraat:ayat 10)




"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" 
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


:)



"O believers! If you help the cause of Allah, He will help you and establish your feet firmly."(Muhammad:7)

akan berubah :)

27 July 2011

Aku tarik balik kata kata aku


sory to say
*berubah demi kebaikan
*sory banyak banyak
*mungkin kali terakhir

Seminggu lagi

26 July 2011


 Dah sedia nak masuk IMN??


Sabda Rasulullah s.a.w. setelah pulang dari perang Badar .”Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang lebih besar? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jihad menentang hawa nafsu”. 


*IMN-Institusi Melatih Nafsu

dugaan

09 July 2011

dugaan itu susah
susah itu tarbiah
tarbiah perlu sabar
sabar itu indah


"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
[21 : 35]

Perjuangan

08 July 2011

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu 
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan


fikiran

04 June 2011


 sudah 2 minggu aku berada di kolej Matrikulasi johor
dan sudah 1 minggu aku sudah belajar di kolej Matrikulasi johor
kuliah,tutor,praktikal..tu yang aku akan alami selama 2 semester insyaallah
 belajar dekat matrik juah beza dengan dekat sekolah bagi aku la
sebab aku bukan yang jenis yg gila study masa sekolah dulu
tapi sekarang aku kan jadi budak gila study..haha..yeje..insyaallah
tapi dalam seminggu aku kat matrik aku dah cuba sebaiknya...tapi masih tak cukup lg
doa dan usaha diperlukan untuk menghasilkan kejayaan
*jangan hangat hangat taik ayam tau
 Firman Allah dalam al-Qur'an: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu." (Surah al-Mu'min:60)
doalah penenang jiwa.
Penenang jiwa tatkala kita dalam suka mahupun duka.
Sentiasalah berdoa, walapun sudah jemu meminta yang sama, teruskan meminta

boleh ke aku dapat 4.00?
ermm..kita tgk la nanti ye...insyaallah aku akan usaha dan berdoa
korang doakan kejayaan aku..
aku akan sentiasa doakan kecemerlangan kepada orang yang doakan aku 



*susah untuk fikir tentang masa depan kita..dan kita kena buat keputusan yang tepat agar kita tidak menyesal di kemudian hari
*sentiasalah bersyukur atas nikmat yang diberi agar kita dijauhi dari kufur nikmat
*bukan senang nak senang bukan susah nak susah
*kalau lah aku belajar macam kat matrik time SPM dulu
*bukan senang nak berubah jadi baik dan bukan susah nak berubah jadi jahat
*belagak walaupon pandai bole musnahkan diri
*amboi byk nyer mutiara kata..haha

aku pergi

22 May 2011

 ok..
esk pagi ke matrik tangkak
ok set..niat untuk belajar kerana Allah...
belajar sungguh sungguh
belajar rajin rajin
dapatkan 4.00..insyaallah
nanti senang nak apply mane mane ye...
doakan aku berjaya di dunia dan akhirat..
:)

Selamat hari guru

16 May 2011



selamat hari guru untuk guru yang mengajar saya sejak dari Tadika ABIM,Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam,Sekolah Kebangsaan Kahang Bt 28 dan SMKA Segamat.Guru yang telah berusaha untuk mendidik anak muridnya agar berjaya didunia dan akhirat

jauh :(

15 May 2011

semakin hari semakin jauh
hari hari sama je
ingin yang dahulu
ingin yang terbaik


*selamat hari guru
*Ya Allah jauhilah sifar kufur nikmat Ya Allah
*Ya Allah jauhilah aku dari aku segala perkara yang mungkar

jangan mudah untuk berkata kata

13 May 2011

as salam
macam mana blog anda? adakah ia sempurna atau telah kehilangan entry??
blogger.com jahat...haha...mesti tengah geram kan...kalau aku pon mesti geram...blog aku ok kot...haha

k2..sambung pada tajuk
hari khamis malam jumaat aku ternampak post ni..kt facebook...bwh tuu


agak2 la dia damn kat siapa tu?cuba la fikir..kita ada akal..jangan mudah untuk berbicara sampai bende yang tidak kita inginkan berlaku...
selalu aku dengar...''alamak hujan pulak hari ini..rosak program aku la!!''
marah sebab program dia rosak sebab hujan...janganla kita salah kan tuhan yang turunkan hujan

kita hanya merancang dan Allah hanya menetukan
kesimpulannya:fikir dulu sebelum berkata kata

sekarang di facebook...telah wujud page yang pelik pelik....mungkin niat nak menegur tapi janganlah sampai jatuhkan aib orang..niat memang baik...tapi kita kena fikir perasaan orang lain...

atau

orang zaman sekarang sudah tidak terima teguran secara baik...tetapi mahukan secara radikal baru nak berubah...tolonglah...kalau orang tegur secara baik..terima je..orang tegur bukan benci tapi ambil berat sesama saudara islam..

*yang baik datang dari Allah..yang lemah datang dari aku sendirik..hakikatnya yang baik dan buruk datang dari Allah..yang baik kita jadikan contoh dan yang jahat kita buang jauh jauh*macam bagi tazkirah kt skula je..hehe

*aku mengarut ke malam ni

*aku mintak maaf ye