mutiara naga

09 August 2012

Alhamdulillah.sudah masuk 10 hari terakhir buln ramadhan.Tapi hari ini aku tak nak cerita pasal ramadhan atau pun 10 malam terakhir.boleh? alah kalau korang kata tak boleh apa masalahnya? aku dah tulis pun.hehe.

pernah tengok cerita dragon ball? tak pun pernah baca mutiara naga? yang berjilid jilid tu? siapa tak pernah tengok tak enjoy la masa zaman kecik kecik dulu.haha.suka hati je.

Bagi aku cerita ini legend la.aku masih ingat lagi cerita ini hari Sabtu dan ahad pukul 9.00 pagi kalau tak silap.



cerita ini sebenarnya tentang pencarian 7 bola ajaib untukdi kumpulkan.Apabila kesemua bola sudah di kumpulakan akan keluar 1 naga yang besar yang dapat memakbulkan 3 permintaan.Pelbagai dugaan dan masalah yang di hadapi oleh mereka untuk mencari 7 bola ajaib itu.mereka sanggup bermatian matian untuk dapatkan 7 bola ajaib semata mata untuk mendapat 3 permintaan dari naga tersebut.

nampak tak perjuangan mereka semata mata mahu permintaan mereka di makbulkan.cuba kita lihat diri kita.Kita ada Allah yang sentiasa mendengar rintahan hambanya.kita tak perlu nak bermati matian untuk berdoa.kita hanya perlu berdoa seikhlas hati.insyaallah Allah makbulkan.

Mungkin kita terlalu sombong.mintak pun tak nak.mana la nak dapat kan? yakinlah dengan janji Allah.semoga kita dapat keredhan Allah di dunia dan akhirat.

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
(surah Ghafir ayat 60)

0 komen: