nanges

18 October 2012

betul
hidup ini pelbagai ujian
dan berbeza setiap orang
ujian kau lain
ujian aku lain

iman manusia sentiasa berubah
kadang-kadang tinggi
kadang-kadang rendah

cabaran di universiti sangat lain dengan sekolah atau matrik
terlalu bebas
susah untuk mengelak

kawa-kawan
tegurlah aku
nasihatlah aku

tariklah aku untuk tidak jatuh ke lembah kebinasaan
pimpinlah aku


"Astagfirullah"

aku terlalu leka

menjadi kebiasaan aku beri nasihat di blog
bukan aku tak nak praktikan apa aku cakap
tapi manusia mudah lupa
ya, memang mudah aku bagi alasan "manusia mudah lupa"
tapi
itu lah hakikat


"Astagfirullah"


"Ya, Allah peliharalah aku"

betul

08 October 2012

manusia lebih suka mencari keburukan seseorang. 
berbanding mendoakan kebaikan seseorang.
ini betul.
                               
"tengok orang tu,tak jaga aurat lansung ! "

"dia ni kaya sebab rasuah.tak berkat duit dia"

"dia ni la yang buat perempuan tu mengandung"

perkara simple.dialog yang sangat biasa kita dengar.
mungkin budaya kita kot selalu mencari kesalah orang berbanding kebaikan orang.

untuk pertamanya kita berdoa agar kita tidak mudah untuk mencari kesalahan orang.Dan seterusnya kita berubah untuk menjadi orang yang sentiasa mendoakan orang disekeliling kita.

insyaallah kita akan melahirkan umat tidak mencari kesalahan orang.

aku rasa hidup kita akan aman lepas ni kalau kita tak mencari kesalahan orang kerana tiada peselisihan faham yang berlaku.


topik ini terlalu biasa.perkara biasa ini lah yang akan menjadi perkara yang besar.


"betulkan yang biasa, biasakan yang betul'


peluang

01 October 2012


sudah lama tinggal.
mahu kembali aktif.
kat UTM setiap minggu ada kelas photography.
bukalah setiap minggu tapi 3 minggu ni je 3 kelas photography.
kamu semua sila jeles.

yang penting dapat mesej ni.
banyak perkara aku belajar di sini.
Alhamdulillah.
walaupon penat tapi berbaloi.

doakan kejayaan aku di sini
semoga Allah merahmati kamu semua