rasa

03 July 2013

ya, sama macam yang lama.
Ayat yang sama. sekejap. aku copy paste.

sudah lama tidak terisi dengan ilmu agama.
sudah lama hati ini tidak muhasabah.
sudah lama tidak diingatkan dengan tuhan.

ayat ni dulu bagi kesan dekat aku seminggu je.
lepas itu berubah jadi macam dulu.

sebab aku terlalu kejar dunia.
akhirat entah kemana.

sebab apa?
sebab Al Wahn

"cintakan dunia takutkan mati"

lepastu mulalah solat lambat.
malas turun solat jemaah.
malas baca al quran.
jarang solat dhuha.

alasan paling kukuh untuk semua perkara tu adalah masa.
Allah bagi 24 jam untuk setiap manusia.
kenapa orang lain boleh buat ?


persoalan ini tak habis disini.
persoalan ini bermula sekarang.



kehidupan.







Mahu kembali

11 April 2013


sudah lama tidak terisi dengan ilmu agama.
sudah lama hati ini tidak muhasabah.
sudah lama tidak diingatkan dengan tuhan.

Astagfirullah

lemah

23 January 2013

Bismillah


jujur.

Sungguh lemah,
bukan rutin ingat Allah dan Rasulullah,
bukan mainan mulut mengucap selawat dan zikrullah,
kecuali waktu solat,
itu pun bukan kerap kali dapat khusyuk.

Astagfirullah.

hanya menjadi makhluk yang tak bersyukur,
tanpa rasa bersalah,
tanpa rasa 'segan' dengan Maha berkuasa,
hanya tahu meminta,

selalu mempersoal kenapa doa tidak makbulkan.
tetapi tidak pula kita soal kenapa kita tidak tunai apa yang fardhu.

Astagfirullah.

Ya Allah,
berilah kekuatan untuk aku istiqomah dalam ibadat.
berilah rasa kecintaanku terhadap kekasihmu Rasulullah.


tak kenal maka tak cinta.
semoga selepas ini aku dapat kenal dengan Rasulullah.






 

sempat. ke

08 January 2013

rendahkan ego mu untuk membaca entry ini.

bayangkan.
jika kita ada masa 5 minit untuk hidup.

Apa yang kita nak buat?

beribadat untuk cover dosa yang kita buat?
minta maaf dekat semua orang yang telah kita buat salah?
bayar hutang dekat orang yang kita berhutang?

sempat ke?

dan,
adakah kita akan mati dalam keadaan iman yang sempurna?
cukup ke amalan kita untuk tempuhi alam yang kekal abadi?
adakah kita sempat untuk ucap syahadah ketika itu?

ok.itu 'kalau'
'kalau' kita ada 5 minit.

tetapi secara hakikatnya,
kita tak tahu bila kita akan mati.
mungkin 2 jam lagi.mungkin 10 minit lagi.mungkin 2 saat lagi.atau mungkin kejap lagi.
hmm.

persoalan.
bersediakan kita untuk ini?