Salam Maulidurrasul

14 February 2011




Tanggal 12 Rabiul Awwal yang lalu Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W telah dilahirkan dimuke bumi ini.Maha suci Allah nabi kita dilahirkan tanpa bapanya disisi,Abdullah atas kematian sebelum lahirnya Nabi Muhammad.Ibun baginda Aminah telah meninggalkan baginda di usia yang kecil.Aku yakin semua umat Nabi Muhammad mengaku kita umat Nabi Muhammad..tapi cuba kita tanya sejauh manakah kita mengenali peribadi Nabi Muhammad..mesti ramai yang terdiam..


Sekarang ni banyak cerita tentang idola..siapakah idola anda??..idola saya artis nie..artis tu..hurm..cubelah kita lihat apekah ciri ciri idola yang ada pada seorang artis..adakah dia cukup sempurna untuk dijadikan idola hidup kita..adakah disebabkan populariti dia kita inginkan dalam hidup kita?..bangkitlah kawan kawanku..janganlah hanya lihat pada duniawi...lihat lah dunia dan akhirat...Bagaimana dengan Rasulullah??baginda begitu sempurna dengan akhlak baginda tetapi kita buat tak tahu..kita tidak hiraukan dengan Rasulullah...

Rasulullah merupakan contoh tauladan yang baik dan tiada tolok bandingannya..Kita sebagai umatnya sudah semestinya kita tahu tentang kesempurnaan Rasulullah tetapi kita masih mahu mencari role model lain untuk kita contohi?

tak cukup ke pengiktirafan Allah kepada Rasulullah untuk kita jadikan Rasulullah sebagai suri teladan kita?Apalah erti idola lain nak dibandingkan dengan Rasulullah..

so pembaca sekalian sama sama lah kita menyemai sifat cinta terhadap Rasulullah S.A.W.Jadikanlah Baginda contoh ikutan kita agar kita menjadi seorang muslim yang mu'min...agar kita berjaya didunia dan akhirat..


0 komen: