dua puluh tolak satu

25 September 2012

                                                 (25 September 2012) - (25 September 1993) = ?

sila jawab soalan di atas.haha

sudah genap 19 tahun aku hidup.masih tiada lagi sumbangan aku untuk islam.masih tiada lagi sumbangan untuk keluarga.masih tiada lagi sumbangan untuk diri.

hari ini aku bergelar pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik di UTM.Insyaallah akan bergelar seorang engineer kelak.Itu lah cita cita aku sejak kecil.Tetapi aku tak rasa bangga dengan itu.

itu matlamat dunia.bagaimana dengan matlamat akhirat?
 layak kah aku tergolong dalam golongan yang dipilih oleh Allah untuk syurga?

insyaallah itu bukan menjadi masalah besar.kita boleh berubah.Aku usaha.Aku doa.Aku tawakal.insyaallah.

seperti biasa,doakan lah aku menjadi seorang jurutera yang berjaya di dunia dan di akhirat.

aku ingin berjumpa dengan orang yang membaca post ini di syurga.insyaallah.

2 komen:

Minda Menarik said...

happy belated .
semoga tercapai hasrat anda . insyaALLAH :)

Unknown said...

insyaallah..thanks tira!