Masjid Nabawi

14 June 2012


Alhamdulillah..
aku di beri kudrat oleh Allah untuk update blog ini.hanya ingin kongsi pengalaman yang tak seberapa.untuk post kali ini aku ingin cerita sedikit tentang Masjid Nabawi ini.

1st day aku sampai di air port madinah.sampai dalam pukul 9.30 malam waktu madinah.Akhirnya sampai hotel pukul 12.40 malam.lambat tak kitorang sampai hotel?
problem di air port madinah.ok lupakan.


“Pahala solat di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram.."
(HR Bukhari dan Muslim)

Masjid Nabawi terdapat makam Rasulullah.kalau korang perasan ada kubah hijau kan?makam rasulullah di naungi oleh kubah hijau itu.Tanah asal masjid nabawi ini adalah tempat pengeringan buat tamar milik suhail dan sahl.Mereka adalah anak yatim.

Diceritakan bahawa setelah Rasulullah keluardari qubai,ramai para sahabat telah menarik tali unta Rasulullah untuk bawa baginda ke rumah masing masing untuk disinggahi oleh baginda.

Then,Rasulullah membiarkan untanya untuk buat pilihan.Unta baginda terus berjalan saambil pandang kiri dan kanan seolah olah mencari sesuatu.Selepas unta itu berhenti,Rasulullah bersabda yang bermaksud,insyaallah inilah tempatnya.

pada asalnya masjid ini dibina beratapkan pelepah pokok tamar dan disemen menggunakan tanah liat.

itu lah serba sedikit tentang pembinaan masjid nabawi.

pandangan dari luar

jemaah turki kalau tak silap

Add caption

Dan ini lah makam Rasulullah dan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a.
Mereka adalah antara sahabat karib Rasulullah dan juga khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda.Mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah ketika senang dan susah dan mempercayai setiap kata-kata Rasulullah di dalam apa juga keadaan.
Tempat ini adalah Raudhah.
sabda Rasulullah
                           Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman (Raudhah) dari taman-taman syurga.
 (Riwayat Bukhari).

Alhadulillah dapat masuk ke raudhah.Raudhah adalah tempat doa yang akan di makbulkan oleh Allah.Insyaallah.kawasan Raudhah ini bukanlah besar sangat.kawasan ini memang tak akan kosong kecuali masa pembersihan oleh cleaner.tempat yang sangat damai dan tenang walaupun bersesak sesak nak masuk raudhah.Alhamduillah Allah permudahkan.

kalau nampak carpet hijau dekat masjid nabawi tu dah masuklah kawasan raudhah.


kawasan luar masjid nabawi
perkuuran Baqi'
Baqi’ ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jamaah haji atau umrah.Untung orang meninggal di madinah.mati dalam keadaan iman yang tinggi hendaknya.

dan hanya lelaki sahaja yang di benarkan masuk..

-maaf gambar tak berkualiti,hanya kamera talipon saje..
-maaf entri yang tak seberapa
-hanya ingin berkonhsi

5 komen:

syarifuddinumar said...

wahh agel . tetamu ALLAH . ko doakanlaa utk kami kami ni supaya dapat g sana juga .

Unknown said...

insyaallah..

Cikk Ungu said...

Subhanallah, untung agel dapat pegi sane dah :)

nots said...

Agel kau dah sampai sana ke? ya Allah untungnya.

Unknown said...

alhamdulillah..doa2 la dpt ke sana..insyaallah best