Holga 135bc

06 July 2012

Alhamdulillah
aku baru lepas beli satu kamera film iaitu Holga 135bc.Nak tau kenapa dia panggil 135bc?tengok bawah nie

sumber gambar

Holga ini banyak jenis,contohnya holga 135, Holga 135bc, Holga 120 GCFN, Holga 120 CFN, Holga 120 TLRdan banyak lagi.


Aku pilih Holga 135bc sebab aku suka gambar yang vignette.Kamera ini juga boleh buat multi exposure.

Kenapa aku tetibe suka kamera film? haha pertamanya sebab murah.kamera ini hanya RM 160.tapi aku beli kamera ini siap dengan flash film 2roll dengan shutter release.total RM 280 dapat free 1 roll film dan free postage .tak sampai RM 300.

aku pun tak tau tapi dah lama aku teringin nak beli kamera film.Aku dapat rasa kepuasan apabila main kamera film ini.Ye la,kalau kamera digital kita boleh delete kalau gambar tak jadi.Tapi lain pulak untuk kamera film ni.kita tak tahu hasilnya macam mana.lepas process film baru kita tahu hasilnya.Dan itu lah yang aku inginkan.kita terasa excited nak tunggu film siap process.

dan post kali ini ialah 1st roll aku.1st roll ni aku just nak try macam mana guna kamera,setting kamera macam mane,mode apa yang sesuai,jarak objek dengan kamera dan banyak lagi.

1st roll juga la aku lupa nak buka lens cap.memang hancur gambar.8exp tak jadi.ok lihat hasil 1st roll aku.






dari 3 gambar bunga ni aku dapat satu cara la mungkin.haha.ini aku try snap dekat2.konon la nak dpt bokeh kan.tapi kamera ni tak boleh fokus gambar yang dekat.kalau nak fokus gambar dekat ada lens macro or close up.








6 gambar ini pula gambar biasa je.tapi kita akan nampak "black corner" kan? itu yang nampak lagi best gambarnyer.cehh.




3 gambar ini pula aku buat multi exposure..multi exposure ini kita tekan shutter 2 atau lebih dalam 1 frame film itu.so gambar dia akan bertindih.kalau korang semua nak tengok lagi awesome search dekat google tulis multi exposure lomography.tak pelah aku tolong carikkan.sini


yang ini pula,aku try bulb mode.buat light painting.ini lah kegunaah shutter release.kita just pasang kat kamera untuk mengelakkan gegaran.yelah shutter slow kan.

Alhamdulillah 1st roll ni banyak aku belajar.dan aku akan terus belajar.2nd roll film pulak akan lebih memilih subject yang terbaik sebelum snap.walaupun slogan lomography ialah 'don't think,just shoot.sayang filem beb.

doakan yang terbaik untuk aku.Next week result UPU dah keluar.







Bluetooth

05 July 2012

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikan zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya disisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
(surah Al Baqarah ayat 110)

Insyaallah.Janji Allah itu pasti dan ditepati !!
Apabila kita dapat lakukan perkara baik, sudah semestinya hati kita akan rasa puas dan gembira.Syarat untuk mendapat kepuasan dan kegembiraan adalah ikhlas.

Rafiq : Jom pergi solat berjemaah di masjid !
zul     : Boleh, apa salahnya..

nampak tak kepuasan yang di rasai oleh rafiq ? please la nampak..

lebih hebat kepuasaan yang di rasai kalau aura kebaikan kita dapat di transfer kepada orang di sekeliling kita.Mereka pn boleh rasa gembira dan puas.insyaallah

"Agama seseorang itu adalah mengikut rakannya, maka telitilah seseorang yang ingin dijadikan rakan baiknya" 
( Riwayat Abu Daud)

kebaikan manusia berpunca dari satu manusia dan bercambah ke manusia lain.Biarlah kita menjadi titik mulauntuk melakukan kebaikan.Biar kita menjadi ikutan oleh member member kita.Kita bukan nak ada pengikut tetapi penyokonguntuk menjadi baik.Jangan mudah untuk beralasan dan mengaharap orang lain untk memulakannya

peringatan ini untuk diri sendiri yang sentiasa lemah untuk melakukan kebaikan.


Umrah

24 June 2012


Alhamdulillah.ok.sambung untuk post seterusnya.kali ini aku kongsikan serba sedikit tentang ibadah umrah.Aku rasa sangat terkilan kalau aku stop cerita pasal pengalaman aku mengerjakan umrah.Aku perlu kongsi cerita ini sebab pengalaman ini sangat menakjubkan.wahh!!

ok aku ceritakan sedikit pasal umrah ini.Umrah ialah menziarahi Baitullah Al Haram dalam keadaan berihram mengerjakan tawaf, saie dan lain lain rukun serta wajibnya.

rukun pertama umrah ialah niat.Niat ini hendaklah dilakukan di luar tanah haram Mekah.dan terdapat beberapa tempat untuk kita berniat.Tempat untuk kita berniat di panggil Miqat.Gambar di atas ialah Bir Ali.Bir Ali ini paling dekat dengan madinah.So,kalau kita ziarah madinah dulu, kita perlu miqat di Bir Ali.Ketika berada di tempat miqat,kita perlu solat sunat ihram dan niat ihram.

Dan kita perlu ingat selepas kita niat ihram, kita ditegah untuk melakukan perkara yang diharamkan ketika berihram.Kalau kita buat juga perkara yang diharamkan itu kita kena buat dam.dam ialah denda.


selepas niat, kita perlu tawaf di kaabah.niat tawaf dan mulakan di garisan permulaan iaitu di hajar aswad.pastikan bahu kiri kita sentisa menghadap ke kaabah.Kita hendaklah tawaf kaabah sebanyak 7 pusingan dengan yakin.Biasanya kalau jemmah Malaysia ada buku gantung dekat leher.Dalam buku itu ada doa dan panduan melakukan umrah.Sangat mudah kalau kita refer buku itu.

selepas tawaf selesai, kita perlu melakukan saie.saie ini adalah berulang alik dari bukit Safa ke bukit Marwa.Kita perlu ulang alik sebanyak 7 kali dengan yakin.Kalau kita refer buku itu.setiap perjalanan ada doa.So, kita akan ingat berapa kali kita sudah ulang alik.Kiranya macam ini,perjalan pertama ada doa,perjalanan kedua pun ada doa dan seterusnya hingga perjalanan ke tujuh.Jadinya, kalau kita mahu elakkan lupa, kita refer je doa tu supaya kita dapat tau berapa perjalan kita.

ini adalah laluan untuk bekursi roda.
selepas saie, kita perlu bercukur atau bergunting.Sekurang kurangnya 3 helai rambut.Kelihatan jemaah sedang bercukur di tepi pintu tu.gambarini diambil dari tingkat dua.Biasanya tingkat satu sangat ramai.Tingkat dua tak ramai sangat

gambar ini selepas tawaf.nampaknya aku suka pejam mata kalau amik gambar.haha

-Tahniah kepada Dr Muhamad Mursi sebagai Presiden republik Arab Mesir yang rasmi.
-berharap kebangkitan islam sedang bermula.
-Alhamdulillah

-mohon maaf entry yang tak berapa lengkap untuk menjadi panduan umrah.