Biar Sekarang

24 February 2012





aku tenang tanpa gangguan
walaupun tak set 'silent mode'

Mati !

23 February 2012

terasa lapang di hati jika kita 
tinggalkan dunia tanpa beban 
yang perlu dilangsaikan

dan ketika itulah orang yang kita tinggalkan
akan merelakan pemergian kita tanpa rasa 
terkilan dihati

tidak dapat dinafikan bahawa
ibu bapa akan rasa kehilangan,
namun jauh di sudut hati mereka akan terpancar
kelegaan kerana kita pergi tanpa label anak
derhaka

      **************************************

hati yang ingat mati adalah hati yang hidup.
seterusnya akan memberi motivasi untuk diri melakukan
tanggungjawab dengan segera.ya,mati akan menjadi 'date line'
untuk kita melakukan semua kewajiban dengan bersungguh sungguh

"solatlah seperti mana solat itu yang terakhir"
itulah pesanan Rasulullah yang sentiasa ingatkan kita.

mungkin pesalah yang akan dihukum gantung sampai mati
sahaja yang boleh menceritakan rasa hati ketika
solatnya yang terakhir.subahanallah!

"cukuplah bagi mati itu sebagai penasihat"
Rasulullah berpesan lagi

kematian itu pasti dan sedang menanti kita.
Bertindaklah untuk kitamenyempurnakan segala 
kebaikan dan kebajikan kita yang kita tangguhkan.

Janganlah kita tinggalkan 'hutang' dengan manusia mahupun Allah untuk
menhadap yang MAHA BERKUASA

Kredit to gen-Q kerana telah memberi idea untuk aku tulis sebagai peringatan
khususnya untuk aku yang sentiasa lalai dan untuk semua pembaca.

MLM

22 February 2012

MLM(Multi level marketing) adalah satu perniagaan yang begitu popular yang menjadi tarikan untuk umat manusia.Ia adalah satu perniagaan yang mudah untuk memperoleh keuntungan.Cuba bayangkan tak sampai setahun kita mungkin akan jadi jutawan.wow!
kenape yang bawah sekali tu muka masam? haha  
sumber gambar

konsepnya mudah,kita just perlu cari seramai mungkin orang untuk join MLM ini di bawah link kita.mudah saja.hanya bermodalkan air liur akan dapat beribu pendapatan.siapa tak nak?

ok,sebenarnya aku tak berminat langsung dengan MLM ini.tapi seorang telah membuka minda aku berkaitan dengan MLM ini.tapi bukan MLM yang aku terangkan
di atas.tetapi MLM ilahi.

MLM ilahi ini kita akan dapat keuntungan sama ada kita ajak orang lain atau pun tidak..yeah..maksudnya begini "perbaiki diri sambil ajak orang lain"

secara tidak langsung saham akhirat kita berganda 10 kali ganda!!

sesiapa yang membawa amal baik (pada hari kiamat) maka baginya (balasan)
sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya...
(Al-An'am 6:160)

sebagai contoh,kita ajak individu solat berjemaah di masjid.kita mendapat 27 kali ganda daripada solat sendiri.orang yang kita ajak itu akan dapat 27 kali ganda jika dia solat di masjid secara berjemaah.tetapi 27 kali ganda kita akan ditambah dengan 27 kali ganda lagi kerana dia telah mengajak individu lain.dan dengan mudah kita dapat 54 kali ganda.itu baru seorang individu yang kita ajak.kalau 10? 25?
itu baru bab solat.belum bab lain.


best ke tak best ???

Rasulullah bersabda:"sesiapa yang mengajak kepada kebaikan,maka untuknya pahala seperti pembuatnya
(yakni orang yang dia ajak berbuat demikian."(riwayat muslim)

bukan hanya kita mahu pahala sahaja tetapi kita mahukan satu masyarakat yang lebih baik
sentiasa melakukan kebaikan dan sesebuah tempat akan harmoni jika semua join MLM ilahi ini.Insyaallah!

insan yang telah membuka minda adalah HILAL ASYRAF dalam karya beliau Fanzuru

sekian terima kasih !