MLM

22 February 2012

MLM(Multi level marketing) adalah satu perniagaan yang begitu popular yang menjadi tarikan untuk umat manusia.Ia adalah satu perniagaan yang mudah untuk memperoleh keuntungan.Cuba bayangkan tak sampai setahun kita mungkin akan jadi jutawan.wow!
kenape yang bawah sekali tu muka masam? haha  
sumber gambar

konsepnya mudah,kita just perlu cari seramai mungkin orang untuk join MLM ini di bawah link kita.mudah saja.hanya bermodalkan air liur akan dapat beribu pendapatan.siapa tak nak?

ok,sebenarnya aku tak berminat langsung dengan MLM ini.tapi seorang telah membuka minda aku berkaitan dengan MLM ini.tapi bukan MLM yang aku terangkan
di atas.tetapi MLM ilahi.

MLM ilahi ini kita akan dapat keuntungan sama ada kita ajak orang lain atau pun tidak..yeah..maksudnya begini "perbaiki diri sambil ajak orang lain"

secara tidak langsung saham akhirat kita berganda 10 kali ganda!!

sesiapa yang membawa amal baik (pada hari kiamat) maka baginya (balasan)
sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya...
(Al-An'am 6:160)

sebagai contoh,kita ajak individu solat berjemaah di masjid.kita mendapat 27 kali ganda daripada solat sendiri.orang yang kita ajak itu akan dapat 27 kali ganda jika dia solat di masjid secara berjemaah.tetapi 27 kali ganda kita akan ditambah dengan 27 kali ganda lagi kerana dia telah mengajak individu lain.dan dengan mudah kita dapat 54 kali ganda.itu baru seorang individu yang kita ajak.kalau 10? 25?
itu baru bab solat.belum bab lain.


best ke tak best ???

Rasulullah bersabda:"sesiapa yang mengajak kepada kebaikan,maka untuknya pahala seperti pembuatnya
(yakni orang yang dia ajak berbuat demikian."(riwayat muslim)

bukan hanya kita mahu pahala sahaja tetapi kita mahukan satu masyarakat yang lebih baik
sentiasa melakukan kebaikan dan sesebuah tempat akan harmoni jika semua join MLM ilahi ini.Insyaallah!

insan yang telah membuka minda adalah HILAL ASYRAF dalam karya beliau Fanzuru

sekian terima kasih !

3 komen:

nitnot said...
This comment has been removed by the author.
nitnot said...

MLM kee nama nya? Budak budak matrik ramai yang terjebak dengan benda nii kan?

Sorang member matrik aku ajak main ni.

Then bila fikir balik, mana boleh dapat duit macam tuh jee senang-senang tanpa buat sesuatu pekerjaan.

Tanpa berusaha apa-apa, then boleh dapat hasil.
Mana boleh kan? Tak ke haram?

*Btw, Thumbs up bro. Nice one (:

zularif said...

MLM la...
yg dak matrik main ni score A
lebih kurang je konsepnyer...

thanks nani...