back to basic

07 January 2012

Teringat kata kata ini di radio ikim.biasanya ia akan keluar time solat.kata katanya sungguh menginsafkan kita.rasa rasanya sejak dari kecil aku dah dengar.

Dan sholatlah kamu sebelum kamu di sholatkan. Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan yang serba putih.Pada waktu itu tiada guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih. Selepas itu kamu akan diletakkan dia atas lantai, lalu dilaksanakan sholat jenazah dengan empat takbir dan satu salam, berserta fatihah, selawat dan doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Tapi; apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah sholat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud, Dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah ditinggalkan? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian. Justeru aku menyeru sekelian muslimin dan muslimat, Usunglah dirimu ke tikar solat. Sebelum kamu diusung ke liang lahat, menjadi makanan cacing dan mamahan ulat. Iringlah dirimu ke masjid, sebelum dirimu diiringi ke pusara. Tangisilah dosa-dosa mu di dunia, kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'. Sucikanlah dirimu sebelum dirimu disucikan, sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan. Dengan panggilan izrail yang menakutkan, berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan. Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi Beristighfarlah kamu sebelum kamu diisthighfarkan namun ketika itu ishtighfar tidak menyelamatkan. Ingatlah di mana sahaja kamu berada kamu tetap memijak bumi Tuhan. Dan di bumbungi dengan langit Tuhan serta menikmati rezeki Tuhan. Justeru, bila dia menyeru, sambutlah seruannya. Sebelum dia memanggilmu buat kali terakhirnya. Ingatlah kamu dulu hanyalah setitis air yang tidak bererti lalu menjadi segumpal darah lalu menjad seketul daging. Lalu daging itu membaluti tulang lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti. Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu, tetapi Allah mengangkat mu ke suatu mercu. Yang lebih agung dari malaikat, lahirmu bukan untuk dunia tetapi gunakanlah ia untuk melayar bahtera akhirat Sambutlah seruan `hayyaallahsallah' Dengan penuh rela dan bersedia Sambutlah seruan `hayyaallahfallah' Jalan kemenangan akhirat dan dunia Ingatlah yang kekal ialah amal menjadi bekal sepanjang jalan. Menjadi teman di perjalanan guna kembali ke pangkuan tuhan Pada hari itu tiada berguna Harta, takhta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tidak pernah mencecah sejadah di dunia.


hidup kita sentiasa sibuk.banyak urusan kita perlu selesaikan kan.tapi yan utama perlu kita utamakan.kalau ada 2 perkara dalam satu masa yang perlu kita seleaikan,seesaikanlah yabg lebih utama.seeloknya selesaikan lah yang wajib.


-sejak akhir akhir ni aku suka sangat merungut
-disiplinkan diri
-ambil masa sekejap muhasabah diri
-Allah ada dan kita just perlu minta je nak apa
-Ya Allah permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku



2 komen:

atyra said...

ya lahh...betul lah.. hampir hafal jugak bnde ni...

zularif said...

haha.kan kan.afal semua ke?