perjalanan berilmiah

16 September 2010

disebabkan boring stay kat rumah...aku telah diajak oleh syed untuk ke kluang.aku setuju dengan rela hati.hehehe...pergi tengahari.biasanya kalau aku pergi ke kluang..aku akan ke big cinema klaung mall.tetapi kitorang telah mengalami perubahan..tempat pertama arah tuju kitorang adalah ke popular book store.hehe...beli buku..wah smgt ni...aku pergi sane dengan ayed serta khairudin..ktorang x byk tempat pergi...hanya berbual je memanjang...ade je cerita...
pas 2 balik kluang mall sempat minum sebelum kitorang pulang ke rumah masing2.igtkan nk beraye rumah ayed...tapi masa tak mengizinkan...da nk magrib da...
beli biku physics serta test pad....nk wat essay physics xde tast pad kt rumah...hehehehe

selamat hari raya

09 September 2010

Azan magrib telah berkumandang
waktu berbuka telah masuk
umat islam sedang menikmati rezeki
yang berada di depan mata
syaitan yang telah dibelenggu telah dibebaskan
dan terus untuk menjalankan tugasnya sebagai perosak umat islam
agar umat islam leka,lalai serta alpa tanpa memikirkan apa yang
perlu dilakukan sebagai umat islam

nabi Muhammad telah bersabda

''pada hari raya...berbanyakkanlah besedekah dan melakukan amal kebajikan serta mengagungkan Allah dan perbanyakan memuji Allah kerana pada hari itu Allah telah mengampunkan dosa orang yang berpuasa dan menyambut hari raya dan dibalas syurga.''

pada masa ini lah..para syaitan akan bertungkus lumus untuk menambahkan dosa manusia kerana Allah telah mengampunkan dosa manusia.

pada bulan Syawal juga manusia akan dihanyutkan dengan nafsu...menjamu selera hingga melanggar hukum yang telah ditetapkan...mengajak manusia berhibur hingga terlupa bahawa dunia ini milik Allah...

ermmm...aku rasa bulan syawal perlu berjaga-jaga agar kita jaga tutur bicara kita...menjaga akhlak kita....menjaga nafsu kita...walaupon hari raya sebagai meraikan kemenangan kita yang telah berjaya menahan perkara yang membatalkan puasa selama sebulan.

kita jangan sia siakan ibadah kita dibulan ramadhan dengan melakukan kemungkaran di bulan syawal

di sini jua

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
maaf sekiranya ada terlanjur bicara
terlanjur penulisan didalam blog
sejak aku mula blogging.


Ramadhan

28 August 2010


Hari demi hari silih berganti..ramadhan sudah hampir ke 10 terakhir Ramadhan yang mempunyai lailatulqadar.Alhamdulillah.Ya Allah temukanlah aku dengan malam al qadar.amin.

Bagi mengharungi bulan yang barakah ini kita perlu membuat persedian fizikal dan rohani.di bulan ini juga syaitan yang durjana akan diikat dalam neraka.jadi sebagai seorang insan kita tidak dipengaruhi oleh syaitan.didalam bulan ini juga kita dapat kenal diri kita sebenar.hanya nafsu kita yang menetukan kita seorang yang beriman atau sebaliknya.

pelbagai nama ramadhan yang selalu kita dengar seperti Ramadhan Al Mubarak(bulan keberkatan),Ramadhan Al Karim(bulan yang mulia) dan lain lain.Aku rasa aku lebih suka cakap bulan Ramadhan sebagai sekolah kepada nafsu kita.Biasanya sekolahlah tempat kita di didik oleh guru kita menjadi seorang yang baik dan sebagainya.begitu juga bulan ramadhan.jadi bulan ramdhan sebagai bulan tarbiah.

Bulan Ramadhan tak semestinya kita menahan lapar dan dahaga.kita juga perlu menjaga nafsu, pandangan mata dan hati.

"Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum dan syahwatnya karena taat pada perintahKu(Allah). Puasa adalah untukKu dan Aku akan memberikan balasannya, sedang sesuatu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipat gandanya."
(HR. Imam Bukhari) -Hadis Qudsi



Harapannya, proses didikan ini akan menjadi suatu pengalaman yang amat kita hargai dan merasa syukur, ketika kita melihatnya kembali sewaktu berada di Akhirat kelak. InsyaAllah.

Moga-moga, Ramadhan kali ini penuh makna.