selesai...

17 September 2009

huh.lega rasanya bila dah lepas jual gambar untuk sidang redaksi 2009.Banyak cabaran tu lagi2 bulan puasa ni.ada yang jenis cerewet huh susah btol nak layan.lain plak bila dah siap jual kna kira duit.lps dah kira boleh plak la duit tak sama dengan bilangan gmbr.kne la plak wat lagi kiraan huh.nasib baik btol lps da wat double check.

hari ni hari last sahur kat skula.ermmm.banyak plak la masalah yang timbul mse hari las ni.memang ujian btol la.hari aku sampai awal kat rumah sebab naik bas.biasa aku naik tren sbb 2 lambat cm siput.

Ramadhan lagi..

30 August 2009


Hari ini masuk hari ke 9 umat islam berpuasa.Sepatutnya sudah banyak amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini.Setahu aku,jika bermula bulan ramadhan terbuka pintu syurga tertutup pintu neraka dan syaitan akan diikat.Hal ini mengambarkan bahawa Allah mengasihani hambaNya yang taat perintahNya.Apa yang aku hendak tonjolkan di sini ialah mengapa kita mampu lakukan dosa sedangkan syaitan telah diikat dan kita terhindar dari godaan syaitan.Hal ini kita dapat ketahui jika seseorang yang melakukan perkara yang mungkar,dia tidak dapat mengawal nafsu mereka.Selain itu orang yang berpuasa dengan ikhlas hati,bau mulut mereka pada hari kiamat seperti kasturi.So kalau sesiapa yang puasa dan mulutnya berbau,tak perlu risau sesungguhnya bau mulut kamu serperti bau kasturi disisi Allah.
Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"...nauzubillah..di kesempatan ini aku nk minta maaf kalau aku ada mengumpat atau terumpat rakan2 secara depan2 atau blkg2.sesungguhnya manusia itu sering lupa dan kerapkali melakukan kesilapan..
''no body perfect in the world''

Ramadhan

21 August 2009

Setelah syaitan diikat,Ramadhan datang menjelma tanpa disedari.
wah!best betul ayat.Memang betul ramadahan datang tanpa disedari.Tahu-tahu dah ramadhan.Rasa macam sekejap je.


Hari ini hari yang sungguh memenatkan aku.Petang tadi dengan slumber je keretapi yang aku naik boleh lambat 2 jam.Rasa macam nak mintak balik je duit tiket.Boleh je naik bas Yo Hoe tu.Tu la namanya ujian yang Allah beri kepada hambanya.Bersabar je la.Mungkin ada hikmah keratapi datang lambat.