aku baru lepas beli satu kamera film iaitu Holga 135bc.Nak tau kenapa dia panggil 135bc?tengok bawah nie
sumber gambar |
Holga ini banyak jenis,contohnya holga 135, Holga 135bc, Holga 120 GCFN, Holga 120 CFN, Holga 120 TLRdan banyak lagi.
Aku pilih Holga 135bc sebab aku suka gambar yang vignette.Kamera ini juga boleh buat multi exposure.
Kenapa aku tetibe suka kamera film? haha pertamanya sebab murah.kamera ini hanya RM 160.tapi aku beli kamera ini siap dengan flash film 2roll dengan shutter release.total RM 280 dapat free 1 roll film dan free postage .tak sampai RM 300.
aku pun tak tau tapi dah lama aku teringin nak beli kamera film.Aku dapat rasa kepuasan apabila main kamera film ini.Ye la,kalau kamera digital kita boleh delete kalau gambar tak jadi.Tapi lain pulak untuk kamera film ni.kita tak tahu hasilnya macam mana.lepas process film baru kita tahu hasilnya.Dan itu lah yang aku inginkan.kita terasa excited nak tunggu film siap process.
dan post kali ini ialah 1st roll aku.1st roll ni aku just nak try macam mana guna kamera,setting kamera macam mane,mode apa yang sesuai,jarak objek dengan kamera dan banyak lagi.
1st roll juga la aku lupa nak buka lens cap.memang hancur gambar.8exp tak jadi.ok lihat hasil 1st roll aku.
dari 3 gambar bunga ni aku dapat satu cara la mungkin.haha.ini aku try snap dekat2.konon la nak dpt bokeh kan.tapi kamera ni tak boleh fokus gambar yang dekat.kalau nak fokus gambar dekat ada lens macro or close up.
6 gambar ini pula gambar biasa je.tapi kita akan nampak "black corner" kan? itu yang nampak lagi best gambarnyer.cehh.
3 gambar ini pula aku buat multi exposure..multi exposure ini kita tekan shutter 2 atau lebih dalam 1 frame film itu.so gambar dia akan bertindih.kalau korang semua nak tengok lagi awesome search dekat google tulis multi exposure lomography.tak pelah aku tolong carikkan.sini
yang ini pula,aku try bulb mode.buat light painting.ini lah kegunaah shutter release.kita just pasang kat kamera untuk mengelakkan gegaran.yelah shutter slow kan.
Alhamdulillah 1st roll ni banyak aku belajar.dan aku akan terus belajar.2nd roll film pulak akan lebih memilih subject yang terbaik sebelum snap.walaupun slogan lomography ialah 'don't think,just shoot.sayang filem beb.
doakan yang terbaik untuk aku.Next week result UPU dah keluar.
4 komen:
hoyehh.. sudah pegang camera semula. >.<
selamat menghasilkan lagi lagi lagi gambar yg awesome =)
kamera murah je
tak mampu lagi nak beli dslr
hehe
insyaallah
Sesungguhnya budak tudung kuning belakang vespa belakang pagar rumput dalam tempat duduk itu aku lah agellll ! ah ruginya tak jelas muka aku.
hahaha
UPU keluar next week? goodluck ya? doa yg terbaik. amin
tu lah..tak nak tegur aku..aku ni Bkanyer nampak sgt..
Post a Comment