mudah tapi sukar III

27 May 2012

”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” 
(Al-Bukhari)

"dik,mintak duit sikit".

"bagi saya makanan skit,dah 2 hari tak makan dik".

dialog biasa yang selalu kita dengar oleh peminta sedekah.ramai yang akan cakap.

"alah,ada tenaga..ada kudrat,tapi tak mahu berkerja cari rezeki".

itulah pemikiran kita.alasan untuk mengelak.kan? mungkin kita akan rasa ditipu oleh pihak tertentu yang sentiasa mengambil kesempatan mengunakan peminta sedekah untuk kesenangan sendiri.

aku rasa baik kita buang pemikiran ini jauh jauh.manalah tahu kalau peminta sedekah itu benar benar dalam kesusahan.kan?






Sesiapa yang melakukan amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
(surah A An'am ayat 160)

konsepnya sedekah yang mudah

10-1=19

pelik kan?

berdasarkan surah Al An'am ayat 160,apabila kita sedekah 1 maka hasilnya bukan 9 sebab 1 yang kita sedekah itu akan dikembalikan dengan 10.sp hasil yang kita akan dapat ialah 19.

menarik tak?


kalau menarik doakanlah aku supaya berjaya.29 mei keluar result.result yang akan mungkin akan menentukan kerjaya aku.doakan cemerlang ea.

:)



0 komen: