Alhamdulillah.nampaknya selepas di 'upload' header baru tu,aku bersemangat untuk ber'blog'.heh! harap harap kamu kamu semua menyokong dan duduk di belakang aku.insyaallah
|
Kata Imam Syafie |
ok.sebelum aku mulakan.baca dulu kata imam syafie di atas.aku rasa bersalah sangat sangat.dulu aku ada menegur seorang insan.mungkin aku ada post pasal ni dulu.mungkin korang ingat.mungkin tidak.ok,masuk cerita balik.dengan selamber aku aku menegur direct di facebook.maksud lainnya aku telah menegur di khalayak ramai.mungkin waktu tu aku rasa ego sebagai seorang senior yang ingin menegur junior tanpa memikirkan perasaan malu yang ditanggung oleh beliau.Aku mintak maaf ea.
ok cuba tengok hadis Rasulullah
|
HR.Muslim |
yup.memang betul kalau kita nampak kemungkaran,kita perlu tegur dengan kuasa kita,jika tak mampu tegur dengan lisan dan kalau tak mampu juga dengan hati iaitu selemah lemah iman.lain orang lain ragamnya.
ok.aku berkawan dengan kawan yang biasa.selalu juga aku dengar rungutan pasal pendakwah.ceritanya kawan aku berdating.yup! memang salah.kalau kita seorang daie akan rasa tak selesa tengok lihat orang berdating.kan? dan kawan aku ditegur oleh seorang insan yang sangat bertanggungjawab.yup! dia memang berani tegur direct.aku respect!tanggungjawab kita sebagai seorang muslim memang sudah terlaksana.tetapi kesannya? macam mencurah air kat daun keladi.berdakwah wajib kepada setiap individu dengan tahap yang berbeza beza.
teringat kata kawan aku,"Selalu bayangkan diri kita dalam kasut seseorang. Jika kita rasa ia menyakitkan, pasti ia menyakitkan orang lain juga." cuba kita bayangkan kita duduk dengan pasangan kita.lepas tu kita ditegur lebih kurang macam ni,"Assalamualaikum,saudara dah tak ada kawan lain ke?" habis kena maki.heh
memang kita jalankan tanggungjawab 'amar maaruf nahi mungkar'.tapi kita tertinggal sa tu elemen yang penting iaitu bijaksana.
aku teringat artikel di iluvislam.berdakwah ini umpama menanam pokok bunga.dan kerja itu bukanlah ekspress.jika hari ini kita tanam pokok tak mungkin pokok akan berbunga.samalah dengan dakwah.jika hari ini kita berdakwah tak mungkin esok dia akan berubah.ye tak?
ditambah pula dengan arus kemodenan.youtube,facebook,blog,twitter dan banyak lagi.macam macam.kita hanya pilih jalan yang sesuai untuk kita.
baik,aku bukanlah manusia yang sempurna.bukanlah baik.bukanlah berpengalaman macam kamu kamu semua.duduk dalam usrah.bincang pasal ummah.aku ada? tak ada!! mungkin kat matrik dulu ada usrah tetapi aku ego.aku rasa tak perlu.aku sangat cemburu dengan kamu kamu semua. tegurlah aku! ajarlah aku! aku banyak salah! aku banyak dosa!
ok dah!
tengok atas balik..
woww..panjangnya aku tulis...haha..
Assalamualaikum