Insyaallah

09 February 2012

Fikri sedang berjalan jalan dan terjumpa zul sedang berlegar legar di tepi jalan dan terus menyapa


Fikri  :Assalamualaikum!
zul    :Waalaikumsalam~
Fikri  :eh,semalam kenapa tak pergi perjumpaan? nak ngelat la tu
zul    :err..ala hari itu kan aku cakap Insyaallah je..maksudnya dengan izin Allah la..Allah tak izinkan 
         aku pergi maknanya tu..nak buat macam mana?
Fikri  :Erkkk! Main-main pulak


Ya..ramai umat islam sekarang menganggap 'Insyaallah' seakan main main dan digunakan untuk sesuatu yang tidak mahu dilakukan.Dan perkara ini sudah menjadi kebiasaan kita.betulkan? ok..tengok situasi di atas.sangat tak patut.Janganlah kita salahkan Allah yang
tak izinkan kita buat sesuatu perkara sedangkan kita tiada usaha untuk melakukannya.


so,apa tindakan kita?


sebutlah Insyaallah sebagai tanda kita serius melakukan sesuatu perkara.Jadikan 'Insyaallah' ini sebagai doa untuk kita mencapai sesuatu perkara dan juga tawakal kepada Allah.doa tanpa usaha pun tak jadi juga kan.
Segala perbuatan kita milik Allah.sebab tu segala perbuatan yang kita mahu lakukan kita berserah kepada Allah.teringat kata Ustazah Syarifah Roha 'betulkan yang biasa,biasakan yang betul'


..kemudian apabila engkau telah berazam(sesudah bermesyuarat, 
untuk melakukan sesuatu)maka bertawakallah kepada Allah,
sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal kepada-Nya
 (Ali Imran 3:159)



0 komen: